Permuda PAS: Perhimpunan Sabtu ini fasa terakhir rampas Putrajaya


Rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini.

(FMT) – Himpunan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur Sabtu merupakan fasa terakhir Pakatan Rakyat merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk  turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.

“Ayuh kita jadikan himpunan kebangkitan rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan.

“Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia,” katanya dalam blog Pemuda PAS yang diterbitkan hari ini.Nasrudin berkata, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 Pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka.

“Suara sejuta umat akan bergema merayakan perubahan, InsyaAllah!,” katanya lagi.

Himpunan di luar negara

Nasrudin juga berkata, sehingga setakat ini pihaknya diberitahu rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...