Perkasa Lawan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112


http://3.bp.blogspot.com/-ygBbgNUeFpo/UNvKp5Su1SI/AAAAAAAAIu8/ED4SLgdbr1A/s1600/%23KL112+Himpunan+Kebangkitan+Rakyat.jpg 

Himpunan Rakyat112, satu himpunan raksasa yang dikendalikan oleh pihak yang menuntut keadilan, rakyat boleh melepaskan kemarahan mereka terhadap parti pemerintah dengan aman tanpa rusuhan. Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 juga dapat sokongan NGO.    

 

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/312373_488323484539314_2058074162_n.jpg 

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersalaman dengan CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, gambar di atas menceritakan Mat Sabu, Pakar perancang demo yang mewakili komiti NGO ini berjabat tangan dengan pegawai atasan PDRM.  

 

Sumber Fb Polis Di Raja Malaysia

“Pihak polis meminta kerjasama yang baik dari penganjur dan orang ramai dan mereka sendiri akan bersama-sama memastikan himpunan 12 Januari ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan damai.

“Polis dan kami sama-sama berazam untuk menjadikan himpunan ini sebagai rekod himpunan paling aman sebelum PRU dan polis juga berkata inilah perubahan sejarah pentadbiran polis dibawah akta baru,” katanya kepada media  

http://2.bp.blogspot.com/-WJM8LkWtQts/UOvzQxyhkqI/AAAAAAAAvTE/P6aTAvE-oow/s400/perkasa-lapor-polis.jpg 

Walau bagaimanapun PERKASA, satu pertubuhan anti-demokrasi, anti-perpaduan rakyat dan NGO racist ini berkeras dan mahu menghalang kebangkitan rakyat. Mereka memainkan peranan seolah-olah bertentangan dengan perlembagaan yang diwartakan, hak dan kebebasan perhimpuan rakyat. 

Perkasa membuat laporan polis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran Pakatan Rakyat pada Sabtu ini. 

Timbalan Ketua Penerangan Perkasa Abdullah Mansor membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini. 

Abdullah dalam laporan polisnya berkata, pihaknya bimbang pembangkang sengaja mengadakan himpunan itu sebagai cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka. 

Perkasa sebuah NGO yang pro UMNO. Amat takut dan risau periuk nasi mereka pecah akibat UMNO kalah dalam PRU13. Perkasa masih tidak sedar dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat 112, ramai peserta yang menyertai HKR 112 adalah terdiri dari bangsa Melayu yang beragama Islam. Mereka ini juga perjuang dan pembela Melayu.   

 



Comments
Loading...