Polis haramkan himpunan Sabah Bangkit


http://2.bp.blogspot.com/-UVlJRrB_qsw/UO_JzGY3QDI/AAAAAAABAX4/ii3sjL_GG9c/s400/20130111_112858.jpg 

Ketua polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengeluarkan kenyataan berikutan perhimpunan Sabah Bangkit yang akan berlansung pada 12 Januari 2013 bertempat di Taman Chong Thien Vun pada jam 2.00 petang. Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit daripada polia atau mana-mana jabatan berkenaan yang seterusnya membawa kesalahan undang-undang mengikut akta perhimpunan aman 2012.

Gegar Anak Muda 

http://3.bp.blogspot.com/-nrnTAvgtv5Q/UO_KD35JT1I/AAAAAAABAYA/3f7lRl_HHgM/s400/bangkitttt.jpg

Respon penganjur perhimpunan –

Penganjur perhimpunan Sabah Bangkit adalah Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR) menyatakan kita tidak mahu bertuhankan Akta Perhimpunan Aman. Kita yakin dan percaya, rakyat berhak duduk dan berada di mana-mana sudut di negeri ini. Kita rasakan, akta ini yang dibentuk selepas adanya perlembagaan yang menjamin hak berhimpun adalah rangka menghakis sedikit sebanyak hak berhimpun.

Akta ini bukanlah cara untuk mendisiplinkan peserta. Sebaliknya, peserta itu sendiri yang menentukan suasana perhimpunan. Sekali lagi, saya yakin dan percaya, rakyat sudah matang dan sangat bersopan santun.

Himpunan ini akan berlangsung dengan aman dan tidak akan menjejaskan ketenteraman awam. Selaku penganjur, kita akan meneruskan perhimpunan ini kerana kita terus berpasak pada jaminan perlembagaan.

 



Comments
Loading...