Mat Sabu: Himpunan untuk ‘gulingkan kerajaan’


Tetapi dengan cara baik melalui Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti, kata Pengerusi HKR yang juga Timbalan Presiden PAS.

Jamilah Kamarudin, FMT

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) mengakui himpunan yang diadakan di Stadium Merdeka 12 Januari lalu berniat untuk menggulingkan kerajaan tetapi dengan cara baik melalui Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

“Memang kami niat nak gulingkan kerajaan dalam PRU akan datang. Kalau tiada niat itu maknanya kami memang berbohong kepada rakyat.

“Kami nak gulingkan kerajaan melalui PRU jadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad beliau boleh terus berada di Malaysia atau bercuti di mana-mana,” kata Pengerusi HKR Mohammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir yang mendakwa HKR cuba meniru kebangkitan ‘Arab Spring’ kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang PRU13 nanti.

“Jadi mereka berharap dengan meniru dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

“Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi…jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin).

“Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi,” katanya kelmarin.

Dakwa langgar tiga syarat

Mohamad lebih popular dengan panggilan Mat Sabu berkata, pihaknya setakat ini belum mengadakan pertemuan dengan polis kerana didakwa melanggar tiga syarat himpunan, namun berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya jika dipanggil.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...