PAS anggap Anwar, Guan Eng setuju keputusan Majlis Syura


Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, sehingga sekarang kedua-dua pemimpin itu belum memberi sebarang ulasan mengenai perkara tersebut.

Muda Mohd Noor, FMT

Dewan Ulama PAS menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng menerima keputusan majlis itu yang tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, sehingga sekarang kedua-dua pemimpin itu belum memberi sebarang ulasan mengenai perkara tersebut.

“Setakat ini Anwar (Ketua Pembangkang) dan Guan Eng (Setiuasaha Agung DAP) belum menyuarakan bantahan mereka.

“Kata orang tua-tua, kalau diam maknanya setuju. Jadi saya anggap mereka setuju,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Mahfodz memberitahu, pihaknya  sedia memberi penerangan yang lebih mendalam kepada mana-mana pihak termasuk pemimpin dan ahli PAS yang tidak puas hati dengan keputusan  Majlis Syura tersebut.

Mahfodz, Pesuruhjaya PAS Johor menegaskan keputusan Majlis Syura tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dibuat sebulat suara.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura berkata, ” Dua belas ahli yang menghadiri mesyuarat itu semuanya setuju tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

`Hadi sokong’

“Malah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) yang hadir dalam mesyuarat itu turut menyokong.

“Majlis Syura mempunyai 15 orang tetapi tiga tidak datang. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri timbalannya Datuk Haron Din.

“Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib hadir, begitu juga ahli yang lain,” kata Mahfodz.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...