PAS anggap permintaan Karpal isu kecil
Parti itu juga tidak akan tunduk dengan tokoh DAP itu.
Mohd Mohd Noor, FMT
PAS menganggap permintaan Karpal Singh supaya Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengubah keputusan Majlis Syura sebagai perkara kecil dan tidak menjejaskan hubungan parti itu dengan DAP.
“Tidak ada isu sebenarnya, ini kes kecil sahaja,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau mengulas permintaan tokoh DAP itu yang mahu Abdul Hadi mengubah keputusan Majlis Syura PAS yang tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menasihatkan Karpal supaya tidak bimbang dengan PAS kerana parti Islam itu tidak mencampuri urusan agama lain
Beliau juga menegaskan, PAS tetap dengan keputusan Majlis Syura tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.
`Hadi tidak boleh ubah’
“Keputusan itu tetap, malah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi tidak boleh mengubahnya.
“Dan kami tidak akan tunduk kepada desakan tokoh DAP itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
“Nama Allah tidak boleh diterjemah, sama juga dengan nama Karpal Singh tidak boleh diterjemah dengan nama-nama ian.
“Tetapi kami (PAS) tIdak boleh sekat mereka nak guna nama Allah,” tambah Tuan Ibrahim.