Khutbah Jumaat menyeru untuk toleransi, tapi tegas tentang hak umat Islam


Zurairi AR, The Malaysian Insider

Pihak jabatan agama Persekutuan menyeru umat Islam untuk menghormati bukan Islam, tetapi bersikap tegas untuk tidak berkompromi tentang kesucian agama itu.

Khutbah Jumaat minggu lalu yang memberi amaran bahawa terdapat percubaan dari “musuh Islam” untuk mengelirukan umat Islam mengatakan semua agama adalah sama.

Dalam khutbah hari ini, bersempena dengan Minggu Keharmonian Antara Agama, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) menyeru kepada umat Islam untuk menghormati dan melindungi penganut lain.

“Di antara butir-butir kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim, khianat dan huru hara, maka hendaklah mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam yang suci,” menurut teks khutbah tersebut.

Bagaimanapun umat Islam harus “mengambil tindakan” sekiranya agamanya dipertikai atau persenda, seperti ditulis dalam surah Al-Mumtahanah ayat 8 dan 9.

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.

“Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Khutbah itu juga memberi amaran kepada mereka yang memanipulasi agama untuk kepentingan sendiri, dan mereka yang berkompromi secara melampaui batas dengan agama lain.

“Namun perlu diingat, toleransi yang dimaksudkan bukanlah bererti kita mengakui doktrin keyakinan mereka kerana di dalam persoalan akidah, Islam tidak sama sekali berkompromi dengan kekufuran atau  kesyirikan. Toleransi yang dimaksudkan oleh Islam ialah kita tidak  melampaui batas dalam perkara yang telah dipersetujui,” menurut khutbah itu lagi.

JAKIM memberi amaran toleransi melampau akan menjadi pemangkin kerosakan masyarakat itu yang akan melemahkan kestabilan sosio-politik.

Dalam khutbah itu juga, JAKIM memberi amaran kepada bukan Islam tentang apa yang sudah digariskan dalam Perlembagaan dan hak ekslusif umat Islam.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...