Adakah Lagi Tempat Melayu Bergantung?


A Kadir Jasin

SEORANG usahawan Melayu yang pada satu ketika dulu amat berjaya dan tersohor dengan mainan pasaran sahamnya yang sangat licik tetapi sudah lebih sedekad terpelanting daripada perniagaan arus perdana di Malaysia kerana politik, bertanya saya kepada siapakah orang Melayu boleh bergantung.

Bukan alang kepalang punya soalan itu. Orang putih kata, a million-dollar question (soalan sejuta dolar). Saya kata, soalan yang tidak ada jawapan. Lagi hebat, dia bertanya soalan itu (melalui sistem pesanan ringkas/SMS) dari di Milan, Itali yang berupa ibu kota fesyen dunia.
Untuk sama-sama memahami dan memikirkan jawapan kepada soalan berkenaan, izinkan saya mengemukakan beberapa fakta, andaian dan keluhan sebagai asas perbahasan:
1. Di saat-saat kedudukan orang Melayu semakin terdesak dan terancam, kepemimpinan Melayu di kedua-dua belah sempadan politik dilemparkan pelbagai dakwaan, tuduhan dan insinuasi yang sangat dahsyat. Ada tuduhan sudah terbukti. Ada tuduhan sekadar sensasi. Ada tuduhan disangkal sepenuh hati. Ada yang pucat kesing, murung berdiam diri. Apabila tuduhan tidak dibalas, tentu ada yang percaya ia berasas.
2. Persepsi yang semakin negatif di kalangan orang Melayu sendiri terhadap jati diri, integriti dan moral pemimpin politik Melayu.
3. Yang malu, rugi dan dicaci adalah orang Melayu. Dan Melayu bukanlah ramai sangat di Malaysia ini. Menurut Bancian 2010, penduduk Malaysia seramai 27,484,596 orang. Daripada jumlah itu, Melayu 50.1%, Cina 22.5%, Bumiputera bukan Melayu 11.8%, India 6.7%, kaum-kaum lain 0.7% dan orang asing 2.25 juta atau 8.2%.
4. Jadi hanya separuh penduduk Malaysia orang Melayu dan orang Melayu pula, secara purata, adalah lebih daif daripada orang Cina dan India di segi ekonomi. Orang Melayu dan Bumiputera adalah warga ekonomi kelas tiga
5. Orang Melayu semakin lemah di segi politik kerana berpecah tiga antara Umno, Pas dan PKR. Hanya Umno boleh dianggap parti yang berorientasikan Melayu. Itu pun azam Melayunya semakin luntur. Pas mengaku parti Islam dan PKR parti pelbagai kaum.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...