Pakatan Bala & Deepak, Bom Jangka Untuk PR


Suara Pakatan Rakyat

KEPULANGAN penyiasat persendirian dari P Balasubramaniam dari India semalam, sebetulnya lebih banyak merugikan Pakatan Rakyat, dari menguntungkan.

Walaupun disebut-sebut bahawa kepulangan Bala akan membawa rahmat yang tidak terhingga kepada Pakatan Rakyat, terutama dalam menghidupkan semula isu pembunuhan model Monggolia, Altantunya Shaariibu pada 2006, tapi suarapakatanrakyat.com melihat Bala hanya akan membawa ‘bala’ kepada Pakatan Rakyat sahaja.

Asas utama bercakap begitu ialah, jika ramai masih tidak sedar, Bala telah menarik balik SD (Akuan Bersumpah) pertama yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan tersebut apabila mengemukakan SD kedua yang menafikan kenyataan dalam SD1 – dalam tempoh kurang 24 jam.

Jadi, walaupun Bala bersumpah dengan kitab Hindu apa nama yang disebutkannya semalam bahawa SD1 adalah benar berbanding SD2, suarapakatanrakyat.com yakin ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat Malaysia, terutama sekali orang Melayu dan Islam.

Alangkah Najib bersumpah menjunjung Al-Quran pun tidak ada orang yang percaya, apatah lagi sumpah guna kitab Hindu ini.

Yang perlu dilakukan Bala sekarang ialah dengan mengadakan SD3 untuk menafikan SD2.  Di dalam SD3 ini masukkan sekali penjelasan kemana wang RM 50,000 dari Razak Baginda yang diserahkan kepada Bala untuk dibayar kepada Altantunya yang menjadi persoalan sehingga sekarang.

Biarlah banyak-banyak SD pun tak apa, asal sahaja boleh memberi logik kepada apa pun tindakan yang mahu dilakukan.

Selain itu ada beberapa isu berkaitan Bala ini yang menggusarkan kami, antaranya kenapa dia melarikan diri dulu, siapa yang menaja kehidupannya dan keluarganya di luar negara dan sebagainya.  Yang kami difahamkan sebelum ini, Bala dilarikan Najib ke luar negara, tapi kenapa dia pulang sekarang kononnya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat pula?

Selain itu, cadangan untuk menggandingkan Bala dengan peniaga karpet, Deepak Jaikirshan dalam kempen pilihanraya Pakatan Rakyat nanti adalah satu kesilapan yang besar kerana pakatan antara Deepak dan Bala ini boleh memberi masalah kepada Pakatan Rakyat.

Deepak seperti yang kita tahu, tidak begitu boleh diharap kerana sering kali mengeluarkan kenyataan bercanggah, termasuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat seperti Rafizi Ramli dalam isu pembelian barang kemas oleh syarikat Deepak untuk Rosmah Mansur.

Sama seperti Bala juga (kenyataan bercanggah).

Suarapakatanrakyat.com masih tidak memaafkan Deepak kerana pernah menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam satu skandal jual beli tanah walaupun sebelum itu dia juga yang mengaitkan pembabitan Najib.  Perkara itu dirakamkan di dalam video oleh blogger UMNO, Papagomo.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...