Kenyataan akhbar Ruslan Kasim desak Anwar saman media Filipina


KENYATAAN MEDIA

1. Kita cabar Anwar Ibrahim saman akhbar Inquirer News, The Manila Times, Al Jacinto, agensi berita Reuters dan Badan Perisikan Tentera Filipina sebab mereka buat laporan mengatakan Anwar Ibrahim antara 3 dalang dibelakang percerobohan Lahad Datu.

2. Kita juga cabar Anwar Ibrahim saman Presiden Benigno Aquino sebab beliau mengesahkan bahawa ada 3 kumpulan yang menjadi dalang atau tali barut dalam konpirasi serangan di Sabah. Antara 3 konspirator ini satu adalah pihak dari Malaysia yang sanggup jadi tali barut untuk menghacur negara sendiri.

3. Anwar Ibrahim perlu hentikan ‘sendiwara saman’ sebagai taktik lapuk untuk tutup mulut orang ramai. Anwar Ibrahim sepatutnya memakai rambut palsu jika tidak mahu Badan Perisik Filipina mengecam beliau semasa pertemuan dengan Nur Misuari.

4. Kita meminta Anwar Ibrahim perjelaskan siapakah yang membiayai semua kos untuk membuat serangan di Sabah. Sudah pasti operasi saperti ini memerlukan perbelanjaan yang amat besar.

5.Selama ini pun kita memang mengenali Anwar seorang manusia yang pakar di dalam mempergunakan orang lain. Dia juga jenis suka guna taktik baling batu sembunyi tangan. Ini amat jelas apabila belum apa-apa lagi orang kanan Anwar, Tian Chua telah menyalahkan pihak UMNO yang merancang sandiwara seperti yang berlaku di Lahad Datu tersebut.

Terima kasih.

RUSLAN KASIM

Ketua Penerangan Perkasa

 



Comments
Loading...