Tan Sri Musa alat Mahathir untuk menekan Najib?


http://1.bp.blogspot.com/-VeSmuDh3K5s/UTjcSEX75fI/AAAAAAAAI1E/baV7GI_rgn0/s200/musa+hassan.jpg 

che’GuBard

Setelah berpencen dan senyap lama mutaakhir ini Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara muncul tiba – tiba dan bersuara. Kali ini sasaranya ialah bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang dikatakan ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Isreal.

Tan Sri Musa Hassan telah turut mendedahkan bahawa Tan Sri Robert Phang telah bertindak mengugut Pegawai Polis iaitu sekiranya projek tersebut tidak diluluskan, Pegawai Polis tersebut akan ditukarkan 24 jam.

Tindakan Tan Sri Robert Phang adalah merupakan satu tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam telah bertindak mengugut penjawat awam .
Turut sama terlibat dalam kes tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah melakukan rasuah salahguna kuasa mengarahkan Pegawai Polis tersebut  untuk menandatangani komisyen bagi memenuhi arahan Tan Sri Robert Phang.
Kerana Pegawai Polis tersebut terus gagal mengikut arahan Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Robert Phang , akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut sedangkan sepertimana pendedahan Tan Sri Musa Hassan projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.
Tindakan Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar adalah merupakan satu tindakan jenayah yang amat serius dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan lebih memahami dan menguasai undang-undang negara .
Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.
Ramai tertanya – tanya mengapa tiba – tiba Musa Hassan muncul. Dia sendiri terpalit banyak dakwaan salah guna kuasa ketika bertugas. che’GuBard sendiri satu ketika pernah mengusung dan mendedahkan wujud akuan bersumpah oleh pegawai tinggi polis yang mengaitkan Musa Hassan dengan kegiatan kongsi gelap yang dilindungi, namun kes tersebut terus tutup dan tidak di siasat.
sila klik sini untuk membaca salinan penuh akuan bersumpah tersebut.

 



Comments
Loading...