Pesawah Kampung Jelapang Rugi; Hasil Padi Merosot Teruk


http://buletinonline.net/images/stories/berita63/padi%20kuning%20kurang%20air.JPG 

(Buletin Online) – SETIU – Cita-cita kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya Menteri Besar Terengganu untuk mengujudkan sebuah jelapang padi baru di negeri ini hanyalah tinggal ‘angan-angan’ sahaja apabila hasil yang dituai dari sawah padi di kampung Jelapang dekat sini, merosot teruk.


Seorang pesawah, Abdul Rahman Awang berkata, hasil tuaian padi pada akhir tahun lalu telah merosot sehingga lima puluh peratus menyebabkan para pesawah mengalami kerugian.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan keugian tersebut adalah diskriminasi pembahagian input baja dan racun selain sistem saliran yang tidak sempurna dan giliran mesin menuai yang mendahulukan mereka yang rapat dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) 

“pilih kasih dalam pemberian bantuan baja dan racun………..hasil padi tidak menjadi kerana serangan penyaki, menyebabkan sebahagian besar pesawah rugi teruk, giliran jentera penuai juga diutamakan kepada ‘suku-sakat’,

“sistem saliran yang tidak betul, sawah tak kering molek………jadi mesin (menuai) padi ‘lekat’,”katanya.

[Gambar – daun padi kekuningan kerana tidak cukup baja…….. dan ada yang diserang oleh penyakit ‘karah padi’ kerana masalah ‘diskriminasi’ agihan input benih, baja dan racun yang mendahulukan suku sakat Umno]

Menurutnya, petani bersusah payah bekerja siang dan malam, tetapi projek penanaman padi Kampung jelapang yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak mendatangkan hasil yang lumayan.

Katanya, hampir RM50 juta dibelanjakan kerajaan untuk sistem saliran, punca air tidak ada dan pegairan tidak sempurna menyebabkan pertumbuhan padi menghadapi masalah.

 

Read more at: http://www.buletinonline.net/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=6147:pesawah-kampung-jelapang-rugi-hasil-padi-merosot-teruk&catid=35:dalam-negeri&Itemid=210 



Comments
Loading...