Himpunan ‘Anwar dalang Lahad Datu’ depan Masjid Negara


Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa, Jalur Tiga, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim serta Jaringan Melayu Malaysia.

Jamilah Kamarudin, FMT

Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara tengahari tadi.

Siri jelajah ‘Anwar Dalang Lahad Datu’ anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan itu bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan ‘Sultan Sulu’ di Lahad Datu.

Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua juga dibidas kerana kenyataannya mengaitkan Umno dengan insiden tembakan antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh.

“Kita takkan biarkan Tian Chua berkuasa…lepas PRU kita humban dia dalam longkang,” laung Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip dihadapan kira-kira 100 orang selepas menunaikan solat Jumaat.

Menjadikan lori sebagai pentas bergerak untuk ceramah, nyanyian lagu ‘Negaraku’ serta bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada umum.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika berucap mendesak supaya segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lahad Datu.

Katanya, semua pihak termasuk anggota keselamatan dan pembangkang perlu dipanggil membantu siasatan.

`Wujudkan kertas putih’

“Kita mesti desak wujudkan kertas putih untk hilang keraguan siapa dalang di sebalik insiden Lahad Datu.

“Kalau tak berbagai tuduhan akan terus berlaku dan takkan selesaikan masalah,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...