Gambar Anwar Romen Jantan Untuk Alih Perhatian Lanun Sulu?


http://3.bp.blogspot.com/-jksvOEIbn0I/UUOcJy7rHBI/AAAAAAAAgZI/Jmbp5I9Plbg/s400/12.jpg 

Timbul persoalan, mengapa gambar-gambar tersebut muncul pada saat-saat begini. 

The Flying Kick 

Sememangnya beberapa hari ini, banyak berita hangat yang berlaku di negara kita. Dan hampir kesemua berita-berita hangat tersebut berlegar-legar di sekitar batang tubuh Anwar Ibrahim. Semunya menjadi begitu ‘rancak’ semenjak REUTERS mendedahkan kaitan antara Ketua Umum PKR itu dengan lanun-lanun Sulu yang telah menyerang Lahad Datu, Sabah.

Kemudian apabila dua orang anggota keselamatan terkorban pada 1 Mac 2013, berita-berita hangat semakin menjadi-jadi. Pelbagai usaha dibuat agar isu lanun-lanun Sulu dapat dialihkan. Pencerobohan lanun-lanun Sulu ke bumi Sabah seperti cuba dihilangkan daripada tumpuan rakyat Malaysia.

Dengan Jamalul Kiram III dan Nur Misuari memainkan peranan utama untuk cuba menafikan kewujudan Anwar Ibrahim dalam kejahatan yang mereka timpakan kepada rakyat Malaysia, khususnya penduduk Lahad Datu dan Semporna, individu yang dikaitkan sebagai dalang serangan itu pula, kelihatan tidak begitu rancak lagi berceramah dan menghasut. Sebaliknya dia seperti TUNGGU dan LIHAT.

Hanya apabila pendedahan demi pendedahan dibuat oleh portal-portal serta agensi-agensi berita asing, khususnya dari Filipina dan Kanada, barulah Anwar Ibrahim memulakan kaedah reversed iaitu cuba menjadikan segala dakwaan terhadap dirinya sebagai satu bahan jenaka.

Dia mengungkit-ngungkit tentang agen Yahudi, agen Zionis, agen Amerika pelopor pluralisme dan liberalisme Islam, penyokong taat LGBT, dan sebagainya yang dituduh kepadanya. Kemudian dia cuba melawakkan tuduhan tersebut dengan menyatakan, KALAU JATUH LANGGAR BATU PUN, ANWAR YANG SALAH.

Agak aneh memandangkan itulah kaedah yang telah digunakan oleh Anwar Ibrahim dan para pecacainya selama ini sehinggakan Anwar menutuh lubang jubur Saiful pun, salahnya adalah UMNO. Azmin Ali dan wanita simpanannya main acara aiskrim dalam jamban pun, salah UMNO juga. Khalid Ibrahim jumpa kamera pengintip besar gedabak dalam pejabatnya pun salah UMNO.

Sekarang, Anwar memusingkan fakta berkenaan dan cuba menyalahkan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Kemunculan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim untuk membersihkan namanya daripada tuduhan liwat, tidak cukup kuat kerana semua orang tahu, bekas jaga itu sedang bergelut dengan masalah kewangan yang sangat meruncing. Dan perkara itu disahkan oleh Saiful Bukhari sendiri yang memberi amaran kepada Anwar Ibrahim agar tidak menggunakan wang untuk membeli ahli-ahli keluarganya sepertimana yang dilakukan terhadap bapanya.

Sidang media yang diadakan oleh Azlan Mohd Lazim dua hari kemudian, sekali lagi gagal memanfaatkan impak yang sepatutnya wujud. Azlan tidak memunculkan bukti terhadap hujah-hujahnya bahawa Saiful telah dibeli dan dipergunakan oleh orang-orang yang rapat dengan Perdana Menteri dan UMNO. Sebaliknya dia sekadar ingin menunjuk yang dia telah menjadi ahli PKR.

Itu sahaja.

Kemudian semalam, muncul pula berita tentang kematian P.I Bala yang dikatakan akan melondehkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor sehingga ke tulang sum-sum. Kematiannya amat mengejut dan sudah ramai yang meragui punca sebenar kematian P.I. Bala yang sebelum ini terdengar ura-ura yang dia cuba melarikan diri daripada ‘jagaan’ PKR.

Tengah malam tadi, muncul pula gambar-gambar tidak senonoh di sebuah blog yang kelihatan masih baru wujud.

Read more at: http://theflyingkick.blogspot.com/2013/03/gambar-anwar-romen-jantan-untuk-alih.html 



Comments
Loading...