Tak payah skandal, politik Anwar tak lagi handal


Jadi adalah tidak mustahil untuk menyatakan kemungkinan gambar perlakuan seks (dan mungkin video selepas ini) yang baru ini disebarkan oleh pasukan Anwar sendiri menjelang pilihan raya Umum.

oleh Ab Jalil Backer ([email protected])

Sama ada sedar atau tidak, isu skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berusia 15 tahun. Bermula pada 1997 apabila terdapat tuduhan yang dibuat oleh Karpal Singh dalam Parlimen, diikuti pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (1998), reformasi dan kes Liwat Azizan (1998-2003), Liwat II (2009-2012), video klip lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan seks.

Dan sekarang muncul satu lagi skandal beliau atau lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan songsang dengan seorang pemuda “triple A”. Sebenarnya orang ramai sudah letih, bosan dan penat dengan skandal yang mengelilingi Anwar bin Ibrahim ini.

Barisan Nasional dalam keadaan kuat dan bersedia memenangi pilihan raya ini dengan majoriti 2/3 biar pun Pakatan mungkin masih menguasai satu atau dua negeri. Justeru kemunculan gambar dan video terbaru ini tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Politik Licik Di sebalik Skandal Seks?

Sebaliknya, memahami psikologi orang Melayu dan Asia keseluruhan, penyebaran video-video memalukan ini pada saat-saat menjelang pilihan raya mungkin memberi undi simpati kepada Pakatan dan Anwar Ibrahim. Ini pernah terjadi dalam pilihan raya 1999 apabila terdapat gerak kerja UMNO yang terlalu memburukkan Anwar akhirnya memberi undi simpati kepada pakatan pembangkang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...