Lagi skandal video ‘Anwar’ didedah (VIDEO INSIDE)


Video selama 1:20 minit itu disiarkan penulis blog pro-Barisan Nasional Papa Gomo dengan audio dan berwarna.

Jamilah Kamarudin, FMT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan lagi sebagai individu dalam satu skandal video dengan seorang lelaki yang didakwa seorang mahasiswa berumur 19 tahun.

Video selama 1:20 minit itu disiarkan penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) Papa Gomo dengan audio dan berwarna memaparkan individu mirip Anwar berbual dengan lelaki yang dipercayai memasang rakaman kamera secara tersembunyi.

Anwar: Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…?

Lelaki: Ada apa kat Segambut?

Anwar: Daripada rumah I lah (ketawa)

Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak?

Anwar: …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk

Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt…

Ini merupakan pendedahan rakaman kedua yang cuba mengaitkan Anwar dengan skandal salah laku dalam tempoh seminggu selepas beberapa gambar sepasang lelaki berpelukan yang didedahkan dalam blog rajagoyang360 Sabtu lalu.

Tindakan menyiarkan video terbabit juga dikatakan selepas Papa Gomo mendakwa Anwar tersalah memfitnah dirinya sebagai pemilik blog Raja Goyang dan enggan menarik balik saman RM100 juta.

‘Saman RM100 juta’

“Saman RM100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah, China Doll, dua orang mahasiswa yang diliwat, Zulkifli Nordin, bekas pengasas PKR Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, Datuk S Nallakaruppan, N Gobalakrishnan dan seorang pemimpin kanan PAS,” katanya dalam blog beliau.

READ MORE HERE

{youtube}XC1TYCbnuzM&sns=tw{/youtube} 

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE: http://www.youtube.com/watch?v=XC1TYCbnuzM&sns=tw

 



Comments
Loading...