Bukan Islam? Belum Islam?


http://www.themalaysianinsider.com/images/sized/images/uploads/columnists/uthaya-sankar2_170x62-170x0.jpg 

(The Malaysian Insider) – Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberi jaminan kebebasan beragama bagi penduduk “Bukan Islam” (non-Muslim) atau “Tidak Islam” (not a Muslim). Setiap individu “Bukan/Tidak Islam” itu berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tanpa sekatan.

Bagi penduduk beragama Islam pula, Perlembagaan memberi kuasa kepada Undang-undang Negeri dan Undang-undang Persekutuan bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Hal-hal ini adalah amat jelas walaupun dari semasa ke semasa, kita mendengar berita khabarnya dan kononnya ada pihak yang cuba menyebarkan agama Kristian kepada penduduk Islam. Saya bukan menuduh sesiapa tetapi sekadar menyebut apa yang sering dilaporkan di media arus perdana.

Pada masa sama, apabila saya menulis cerpen dan novel yang mengangkat citra budaya kaum India di Malaysia, maka puak etnosentrik, ultra kiasu, fanatik dan rasis segera membuat kempen besar-besaran menuduh saya cuba menyebarkan agama Hindu kepada “khalayak sastera Melayu”. Contoh terkini adalah berikutan penerbitan novel “Panchayat: Edisi Khas” (2012) dan kumpulan cerpen “Kisah dari Siru Kambam” (2013).

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berusaha menganjurkan “Konvoi Rumah Ibadat” dalam usaha memupuk perpaduan, persefahaman, saling mengenali, saling menghormati serta saling menerima perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama, etnik dan kepercayaan di Malaysia.

Shamsinor menyifatkan mereka sebagai “orang yang tidak bersekolah”.Saya juga sering dihubungi secara peribadi oleh rakan-rakan dan kenalan untuk berkongsi isu yang mungkin dianggap agak sensitif untuk mereka kemukakan secara terbuka. Sebagai seorang penulis bebas, perunding media dan individu yang tidak menyokong mana-mana parti politik, saya mungkin lebih “bebas” untuk bersuara mewakili golongan minoriti yang mencari ruang untuk meluahkan isi hati.

Salah satu perkara yang menjadi semacam barah dalam hati anggota masyarakat sejak beberapa tahun lalu adalah penggunaan frasa “Belum Islam” (not yet Muslim) apabila merujuk kepada golongan “Bukan Islam” (non-Muslim). 

Akhirnya, apa yang terbuku di hati terpaksa juga diluahkan walaupun rata-rata masyarakat “Tidak/Bukan Islam” di Malaysia sentiasa berusaha habis-habisan untuk tidak sedikit pun melukakan perasaan orang Islam. Golongan Tidak/Bukan Islam lebih rela menanggung derita daripada mengguris hati orang Islam dengan meluahkan pandangan walaupun demi hak yang sah di sisi undang-undang.

Penggunaan label dan frasa “Belum Islam” mungkin seronok digunakan oleh golongan tertentu kerana ia sedikit pun tidak melibatkan diri sendiri. Samalah juga seperti dalam isu penggunaan “kasta” dan “p****” dalam novel “Interlok: Edisi Murid” (2010) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lama dahulu.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/bukan-islam-belum-islam/ 

 



Comments
Loading...