Umno akan menang percuma di 10 kawasan keselamatan khas?


http://www.suaragenerasibaru.com/wp-content/uploads/2013/03/215431_482765065106389_42832486_n.jpg 

Mungkin ramai yang tidak sedar didalam 10 daerah itu ia merangkumi tujuh kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN Sabah. Kerusi-kerusi Parlimen yang termasuk dalam zon keselamatan khas ini ialah, P167 Kudat, P168 Kota Merudu, P183 Baluran, P187 Kinabatangan, P 189 Semporna dan P190 Tawau. 

Mohd Sayuti Omar, The Malaysian Insider

Semalam Najib Razak mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah menjadi kawasan Selamat di Sabah. Sepuluh daerah itu ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas yang membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.

Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala Najib selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Jawatankuasa lain akan diumum perlatikannya nanti.

Menurut Najib beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan  Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.

Sememang tidak siapa dapat menyangkal hasrat kerajaan untuk mewujudkan keadaan selamat dan damai di Timur Sabah itu waktu ini. Sewajarnya kalau kerajaan mengambil langkah-langkah perlu seperti mengistyharkan atau meletakkan 10 kawasan itu dalam zon yang diberi kawalan keselamatan khas.

Tindakan itu diambil semuanya gara-gara meletusnya tragedi pencerobohan yang menelan lebih 50 korban termasuk sembilan orang anggota keselamatan kita manakala ratusan yang ditangkap. Namun betapa suci usaha kerajaann itu ia tetap akan disuluh dengan berbagai maksud kerana ianya dibuat dalam edah pilihan raya umum akan menjelang tiba bila-bila masa saja.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/umno-akan-menang-percuma-di-10-kawasan-keselamatan-khas-mohd-sayuti-omar/ 

 



Comments
Loading...