Kebebasan Media 10 Minit: Sebuah Janji Ditepati?


https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQxSh62ytLx77OHAJF8QEwjUPy1BL2vKcNlPzOdsQfrxGpZdwAZ 

KPRU (Kajian Politik Untuk Perubahan)  

Tawaran 10 minit untuk membentangkan manifesto parti politik di Radio Televisyen Malaysia (RTM)? Tidakkah tawaran ini memeranjatkan rakyat Malaysia pada ketika kita menanti pembubaran Parlimen?

Yang memeranjatkan badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) bukan keputusan rejim pemerintah membenarkan wakil parti oposisi menampirkan diri selama 10 minit di depan kaca televisyen, tetapi tawaran sekadar 10 minit untuk pembentangan sebuah dokumen penting yang melibatkan pembangunan negara pada masa depan.

Apakah kebebasan 10 minit dapat menjamin akses rakyat kepada maklumat sebegitu penting supaya sebagai pengundi, seseorang warganegara dapat membuat penilaian berpandukan akses kepada pelbagai maklumat secara keseluruhan?

Sesungguhnya, “kebebasan 10 minit” menyifatkan secara tepat kawalan terhadap media di Malaysia selama ini. Oleh sebab kawalan media arus perdana ketat sekali, kebebasan 10 minit sudah dianggap sebagai pengkurniaan yang sebegitu tinggi dan rakyat yang dahagakan kepelbagaian maklumat harus berterima kasih kepada pihak kerajaan. Mesipun berada di era internet, tidak memeranjatkan jika sekiranya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mencorakkan kebebasan 10 minit sebagai pencapaian di bawah retorik kempen Janji Ditepati.

Apabila diimbas kembali, pasca pindaan No.2 Akta Keterangan diluluskan, kegelapan dunia siber atau internet blackouttelah dijalankan, penentangan oleh warga Malaysia dan warga dunia siber disuarakan sementara manifesto Pakatan Rakyat (PAKATAN) 2013 menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan media diterbitkan. Apakah kerana kebimbangan pentadbiran Najib kepada penentangan berulang warganegara, pentadbiran beliau telah secara senyap mewartakan pindaan Akta Keterangan? Dan pada 31 Julai 2012, pindaan akta tersebut telahpun mula beroperasi.[1]

Kebebasan bersuara dalam negara menukik pasca pindaan Akta Keterangan. Begitu juga kedudukan Malaysia di tangga Indeks Kebebasan Media 2013 yang menjunam kepada 145 daripada tangga 124 pada tahun 2011/2012.

Capture

Graf 1 menunjukkan ketidaktentuan Malaysia dalam memastikan media dan hak bersuara adalah bebas daripada sebarang pengaruh luar khususnya pengaruh politik. Era pasca kelulusan pindaan Akta Keterangan melihatkan bukan sahaja kehilangan kepercayaan warganegara kepada perlindungan hak yang terkandung dalam Perlembagaan negara, ianya juga merupakan suatu indikasi bahawa politik mendahului hak asasi warganegara Malaysia. Dan ianya dapat dilihat bahawa pasca pentadbiran Najib, kebebasan media Malaysia sebenarnya bertambah teruk walaupun dikatakan sebaliknya oleh pentadbiran beliau.

Pasca pindaan Akta Keterangan melihatkan Malaysia jatuh 21 tangga daripada 124 kepada 145.  Tahun 2006 mencatatkan kedudukan yang paling tinggi iaitu pada tangga 92.  Pasca tahun 2006, kedudukan Malaysia melihatkan kejatuhan dan kejatuhan yang paling tidak membanggakan adalah pada tahun 2013. Walaupun Najib mengeluarkan kenyataan bahawa pindaan Akta Keterangan adalah untuk melindungi rakyat[2], warganegara Malaysia tidak lagi mudah terpedaya dengan retorik beliau.

Malah, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat atau KL112 yang diadakan di Stadium Merdeka pada 1 Januari 2013, hanya satu-satunya akhbar arus perdana berbahasa Melayu Sinar Harian yang memberikan laporan berita positif mengenai perhimpunan tersebut.  Laporan berita bertarikh 12 Januari 2013[3] bertajuk #KL112: Tahniah semua! Berjaya menangkis pendapat bahawa media berbahasa Melayu (tidak termasuk organ parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan) mampu melaporkan berita daripada sudut pendapat berlainan termasuk pihak oposisi dan bukannya hanya berteraskan pendapat rejim pemerintah.

Malah, laporan berita pada hari tersebut juga mengalami kegelapan media atau media blackout terutamanya oleh akhbar pemilikan kerajaan. Akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian tidak melaporkan apa-apa mengenai perhimpunan tersebut, akhbar berita Utusan Malaysia menerbitkan laporan berita negatif, begitu juga akhbar berita The Star dan New Straits Times (NST) pula melaporkan berita negatif mengenai perhimpunan, penganjur serta peserta perhimpunan tersebut, sementara akhbar berita berbahasa Cina memberikan laporan terperinci mengenai perhimpunan tersebut.[4]

Maju ke hadapan pada laporan berita dalam media arus perdana mengenai pencerobohan di Sabah, Malaysia telah dikecam oleh beberapa pihak, termasuklah daripada badan antarabangsa kerana tidak menghormati kebebasan media mengenai pencerobohan di Sabah.

Read more at:http://kpru2010.wordpress.com/2013/03/28/kebebasan-media-10-minit-sebuah-janji-ditepati-4/ 

 



Comments
Loading...