Ahli PKR bantah Mustaffa Kamil tanding Pasir Salak


Kecewa Anwar menamakan Mustaffa sebagai calon tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan cabang PKR Pasir Salak.

B Nantha Kumar, FMT

PKR menerima tamparan hari ini apabila ahli-ahlinya di sebuah rantingnya di penempatan masyarakat Cina di Kampung Baru Chui Chak , dekat pekan Langkap membantah pemilihan Mustaffa Kamil Ayub sebagai calon Parlimen Pasir Salak.

Mustaffa telah diumumkan sebagai calon parlimen oleh Datuk Srri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dalam satu majlis ceramah di Kampung Gajah bulan lepas.

Dua hari yang lepas, Setiausaha Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PKR Parlimen Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan telah keluar parti dan menyertai Umno bagi membantah pemilihan Mustaffa sebagai calon parlimen Pasir Salak oleh Anwar.

Setiuasaha ranting tersebut, Chong Hock Then, 60 ( dikenali sebagai Ah Thiam  oleh ahli-ahli PKR Pasir Salak) menyatakan rasa tidak puashati bagi pihak ranting tersebut yang mempunyai keahlian parti seramai lebih 350 orang.

Katanya beliau kecewa Anwar menamakan Mustaffa sebagai calon tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan cabang PKR Pasir Salak.

Ujarnya Mustaffa yang pernah bertanding di parlimen Pasir Salak dan juga DUN Sungai Manik dalam PRU 12 yang lalu ( dalam parlimen Pasir Salak) hanya timbul 5 tahun sekali, itupun apabila hampir pilihanraya.

Katanya lagi Mustaffa tidak pernah menyertai aktiviti parti sendiri di Pasir Salak sebaliknya lebih cenderong untuk menyertai aktiviti PAS setempat.

Mahu Mustaffa diganti

Ujar Chong lagi, beliau berharap pimpinan parti di peringkat Pusat dapat segera mengganti Mustaffa dengan calon yang telah dicadangkan oleh pihak cabang.

Katanya lagi beliau khuatir sekiranya pihak pusat tidak bertindak dengan segera, parti akan kehilangan banyak undi dari masyarakat Cina setempat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...