Calon wanita BN meningkat 4.9% berbanding PAKATAN meinigkat 43%


https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSgyTR4O0VRNJaigveGS0DP2sV7JU2M_BvJPCye4Ep80Zfi-ukapA 

Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sepatutnya mengenali calon kaum wanita yang berpotensi dan memberi perhatian yang lebih kepada pembangunan wanita. Lantas, tindakan Najib menyalahkan kekurangan calon kaum wanita kurang dari 10 peratus kerana tidak sanggup memecahkan batasan-batasan yang berkenaan, ianya menonjolkan sikap Najib untuk meneruskan kewujudan stereotaip jantina di mana kemampuan wanita masih dipandang rendah dalam arena politik. 

KPRU 

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berasa kesal dengan Presiden Barisan Nasional (BN) merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Tun Razak, atas ketidakmampuan beliau untuk menamakan lebih ramai calon wanita untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini. Apabila dibandingkan dengan calon kaum wanita yang dicalonkan oleh Barisan BN pada tahun 2008, kadar calon kaum wanita BN hanya meningkat sebanyak 4.9 peratus sahaja, iaitu sebanyak 3 orang calon. Manakala pencalonan calon kaum wanita di bawah Pakatan Rakyat (PAKATAN) telah meningkat sebanyak 43 peratus, iaitu penambahan sebanyak 24 calon kaum wanita bagi PRU13 ini. Ini membuktikan ikrar Pakatan terhadap jasa kaum wanita dan usaha PAKATAN untuk menggalakkan kehadiran kaum wanita di atas pentas politik.

Najib menyalahkan kegagalan untuk mencalonkan lebih banyak calon kaum wanita atas alasan dikekang dengan batasan-batasan yang berkenaan. Ini menunjukkan bahawa walaupun beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, namun beliau masih kekurangan perasaan empati dan pada masa yang sama mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan kaum wanita.

Berhubungan dengan ini, KPRU mendapati berdasarkan senarai penamaan yang dikemukakan oleh laman web Suruhanraya Pilihan Raya (SPR), ianya didapati BN melantik 19 calon kaum wanita, menyumbang kepada 8.6 peratus dalam 222 calon kerusi Parlimen. PAKATAN pula telah menamakan 23 calon kaum wanita untuk bertanding di kerusi Parlimen, menyumbang kepada 10.4 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen. Di samping itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, sebanyak 45 orang wanita telah dinamakan sebagai calon oleh BN, menyumbang kepada 8.9 peratus daripada 505 kerusi DUN. PAKATAN pula telah menamakan sebanyak 56 calon kaum wanita bagi bertanding kerusi DUN, menyumbang sebanyak 11.1 peratus. (Sila merujukan Jadual 1 di bawah)

 

Jadual 1: Calon Wanita berdasarkan Negeri

Negeri Kerusi Parlimen Kerusi DUN
  BN PAKATAN BN PAKATAN
Selangor 3 2 4 11
Pahang X 3 3 4
Pulau Pinang X 1 4 7
Perlis X X 1 2
Kedah 1 1 7 3
Kelantan X 1 2 3
Negeri Sembilan X 2 4 4
Malaka 1 X 2 3
Johor 3 3 6 8
Perlis 2 3 8 6
Terengganu X X X 1
Wilayah Persekutuan 2 2
Sarawak 4 3
Sabah 3 2 4 4
Jumlah 19/222 23/222 45/505 56/505
Peratus 8.6 10.4 8.9 11.1

Nota: X bererti tiada calon kaum wanita

Sumber daripada Laman web SPR, dikemas oleh KPRU

Menurut laporan, ianya didapati seramai 120 wanita dinamakan sebagai calon pada tahun 2008 di mana 61 orang calon adalah daripada BN, 55 orang daripada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP dan PAS, 3 orang calon bebas dan 1 orang daripada Parti Bersekutu (BERSEKUTU). Apabila dibandingkan dengan PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini, terdapat hanya 64 orang calon kaum wanita BN, berbanding dengan tahun 2008, iaitu sebanyak 61 orang. Peningkatan calon kaum wanita daripada PRU12 berbanding PRU13 hanya meningkat sebanyak 3 orang, iaitu 4.9 peratus. Sebaliknya, calon kaum wanita PAKATAN adalah seramai 79 orang, berbanding dengan tahun 2008 di mana hanya 55 orang calon kaum wanita dinamakan. Peningkatan antara dua PRU ini adalah sebanyak 24 orang. Lantas, peningkatan ini menyumbang sebanyak 43 peratus dalam pencalonan kaum wanita dalam PAKATAN.

Calon wanita BN bagi PRU pada tahun 2008 dan 2013 hanya meningkat sebanyak 3 orang sahaja dan ini tidak selari dengan tuntutan manifesto BN mengenai penambahan jumlah kaum wanita dalam proses membuat keputusan nasional. Keadaan ini memaparkan dua kemungkinan; iaitu BN tidak mempunyai kemampuan untuk melatih pemimpin kaum wanita yang mencukupi, ataupun Najib telah mengabaikan usaha ahli-ahli kaum wanita dalam BN.

Di samping itu, pasca janji PAKATAN untuk melantik 10 orang kaum wanita sebagai Menteri telah mencapai sasaran penyertaan 30% wanita dalam membuat keputusan di peringkat nasional selepas meraih kejayaan di PRU13 ini. [1]

Read more at: http://kpru2010.wordpress.com/2013/04/26/calon-wanita-bn-meningkat-4-9-berbanding-pakatan-meinigkat-43/ 



Comments
Loading...