DAP bakal kuasai Malaysia?


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ2bU7pGld5779Ds-vr3sENkLHKgSIzF9ob22WkIK3peJR6Gg-R4g 

Masih ramai orang Melayu Islam yang takut untuk memangkah DAP. Ini termasuklah penyokong-penyokong tegar PKR dan PAS sendiri.

Changing our Mindset 

Pada saat-saat akhir ini, MCA (BN) dilihat semakin terdesak dengan kempen anti PAS dan DAP dalam media-media arus perdana. 1 undi untuk DAP diumpamakan sebagai 1 undi untuk PAS dan sokongan kepada perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Masyarakat Cina ditakut-takutkan dengan isu perlaksanaan hukum hudud jika Pakatan Rakyat memenangi PRU13.

Di pihak lain pula, UMNO dan Perkasa menakut-nakutkan orang Melayu dengan mengatakan bahawa 1 undi untuk PAS adalah 1 undi untuk DAP yang akan menghapuskan keistimewaan Bumiputera dan Islam di Malaysia. 2 fakta yang jelas bertentangan antara UMNO dan MCA. Orang Melayu ditakut-takutkan dengan isu kehilangan hak-hak keistimewaan Melayu kerana DAP bakal berkuasa manakala masyarakat Cina pula ditakut-takutkan dengan isu PAS dan perlaksanaan hukum hududnya. Malangnya rakyat yg cetek akal terus percaya membuta-tuli tanpa menyidik lanjut.

Mampukah DAP menguasai Parlimen?

Masih ramai orang Melayu Islam yang takut untuk memangkah DAP. Ini termasuklah penyokong-penyokong tegar PKR dan PAS sendiri. Mereka termakan hasutan media arus perdana bahawa andai Pakatan Rakyat berkuasa, DAP akan menjadi tuan di Malaysia. Bagaimana DAP hendak menguasai Parlimen Malaysia jika mereka hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara? Sekiranya DAP menang kesemua 51 kerusi sekali pun, mereka hanya memiliki 23% daripada jumlah semua kerusi Parlimen Malaysia dan mereka masih tidak mempunyai suara majoriti dan tidak akan berupaya untuk menguasai Parlimen Malaysia. 

Di antara DAP, PAS dan PKR di dlm Pakatan Rakyat, PKR merupakan parti paling besar jumlah pencalonannya di kerusi Parlimen. PKR bertanding di 99 kerusi Parlimen, PAS 73 manakala DAP cuma 51 kerusi sahaja. Adakah benar DAP boleh menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya mengawal Parlimen Malaysia? Gunakanlah akal yang Allah kurniakan untuk menilai sendiri bukti-bukti yang disajikan dan bukan terus percaya segala hasutan politik kotor pihak-pihak yang berkepentingan politik peribadi. Statistik ini diperoleh di laman web rasmi PRU 13 milik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (http://keputusan.spr.gov.my/#home).

Pesanan saya kepada para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah berkira-kira untuk tidak memangkah DAP atas alasan Islam dan kepentingan Bumiputra, sedarlah bahawa kita telah diperdaya oleh media arus perdana melalui kenyataan pemimpin-pemimpin negara atas nama keterdesakan politik. Sedarkah anda kenyataan-kenyataan mereka ini jarang-jarang sekali disertakan dengan fakta dan statistik yang sah? Disebabkan mereka pemimpin nepgara dan ulasan mereka disiarkan di media arus perdana, maka kita terus percaya bahawa ianya sahih tanpa usul periksa. 

Read more at: http://ikhlasmalaysia.blogspot.com/2013/05/dap-bakal-kuasai-malaysia.html 



Comments
Loading...