Pakatan bakal bentuk k’jaan baru?


Hasil kajian Kor Risik ATM, Pakatan mampu menang 117 kerusi Parlimen dan sekaligus membentuk kerajaan baru. 

(FMT) – Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu memenangi 117 kerusi Parlimen dan sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Sementara Barisan Nasional (BN) pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu menunjukkan Pakatan selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi, dipetik dari blog kelab greenboc.

“Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut ‘survey’ itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini.

“Melaka, kita boleh tambah kerusi Parlimen dan negeri (DUN), tetapi masih belum boleh tawan negeri.

“Pahang, kita boleh tambah kerusi tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50,” ujar Mustafa.

Menurut beliau, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu.

Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad ini.

“Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi.

Najib cemas

“Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib Tun Razak, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri,” katanya lagi.

Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...