Keputusan PRU 13: Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?


https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/26354_4284306279940_775857739_n.jpg 

Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda? 
 
A Kadir Jasin 

 
UPDATE, 6 Mei – Pencapain BN lebih buruk daipada 2008. Kerusi Dewan Rakyat jatuh daripada 140 kepada 133. Kerusi DUN jatuh daripada 306 kepada 274 walaupun tawan semula Kedah dan sahkan penguasan ke atas Perak. Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan “tsunami Cina” kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu. 

ORIGINAL POST
.  .

“PLEASE accept the results.” (Tolong terima keputusan). Demikian kata penyudah Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dalam sidang akhbar ketika menerima kemenangan Barisan Nasional dalam PRU 13 di Ibu Pejabat Umno sebentar tadi.
Secara ringkas, pemerhatian awal saya ialah Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerisi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.
Walaupun PR gagal dalam kempen “Ubah” dan “Ini Kalilah” untuk menguasai kerajaan pusat, namun ia memperluaskan kehadirannya di semua negeri.
BN berjaya memenangi semula Kedah, mempertahankan Perak, tetapi gagal menguasai semula Selangor dan Kelantan walaupun jentera propagandanya memberi gambaran Selangor dalam tangan dan Kelantan ada harapan. Cakap besar Selangor akhirnya memakan diri sendiri.
Pulau Pinang tidak perlulah disebutkan lagi. Gerakan dan MCA punah di negeri itu. Umpan yang Mohd Najib berikan kepada orang Cina tidak bermakna. Orang Cina menolak BN secara terang-terangan.

Read more at: http://kadirjasin.blogspot.com/2013/05/keputusan-pru-13-tsunami-cina-atau.html 



Comments
Loading...