Tiada Gangguan Elektrik GE13


https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-frc3/c66.66.826.826/s160x160/431506_401132566567075_1459741753_n.jpg 

Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan ini. 

TNB CareLine 

Pelanggan yang dihormati,

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memberi maklum balas kepada beberapa dakwaan di dalam sosial media mengenai gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 13.

Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berjalan. 

Justeru, kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan ini.

Bagaimana pun jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai gangguan bekalan yang berlaku, sila nyatakan tempat dan masa kejadian supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

Terima kasih menggunakan perkhidmatan TNB CareLine



Comments
Loading...