Angkara Mamak


http://4.bp.blogspot.com/-mkJq0ccv6Q0/UYVVzicQR6I/AAAAAAAABMY/WfJrVoiY0ho/s1600/tun-dr-mahathir.jpg 

Apa yang berlaku dalam PRU 13 ini ialah UMNO dipandang bersepakat dengan PERKASA. Inilah salah satu sebab utama hilangnya undi Cina. Seterusnya, kerusi yang dimenangi BN terus berkurangan. Dengan ini, Mamak boleh memakainya sebagai alasan untuk mengikis and menggugat kedudukan PM, sepertimana apa yang berlaku ke atas Pak Lah.
 
Fariz Islam 

Kepada PM yang dihormati,
Salam 1Malaysia. Selamat kembali menyandang kerusi PM.
Ingin saya luahkan sedikit sebanyak pandangan. Generasi muda Melayu kini ramainya berpendidikan tinggi dan tahu menganalisa.
Sila pertimbangkan hakikat secara betul. Mamak menganjurkan PERKASA yang membuat kerja bukan-bukan, yang langsungnya tidak produktif untuk mempertingkatkan taraf Melayu. PERKASA seolah-olahnya menyebabkan kemarahan kaum Cina.
Apa yang berlaku dalam PRU 13 ini ialah UMNO dipandang bersepakat dengan PERKASA. Inilah salah satu sebab utama hilangnya undi Cina. Seterusnya, kerusi yang dimenangi BN terus berkurangan. Dengan ini, Mamak boleh memakainya sebagai alasan untuk mengikis and menggugat kedudukan PM, sepertimana apa yang berlaku ke atas Pak Lah.
Nasihat ikhlas dari sanubariku, janganlah terpedaya dengan angkara Mamak, yang berperangai batu api dan mangamalkan “pecah dan perintah” demi memperkuatkan pengaruh diri.
Yang ikhlas,
Fariq Islam

 



Comments
Loading...