Pasca PRU13 Siri 2: Pilihanraya Tipu?


Daripada proses yang saya lalui ini sebenarnya saya tidak nampak bagaimana penipuan boleh berlaku jika sekiranya kita punya PACA yang baik, mahir dan terlatih. Pada pandangan saya penipuan KETIKA proses pengundian berlangsung di hari mengundi sebenar agak sukar untuk dilakukan kerana sistemnya sangat ketat dan pengiraan undi di setiap saluran pula dilakukan dengan sangat telus.

(DISKOPI) – Saya adalah salah seorang daripada PACA (Polling Agent and Counting Agent) untuk Pakatan Rakyat di salah satu kawasan bandar di Wilayah Persekutuan. PRU13 ini adalah kali kedua saya menjadi PACA. Kali pertama ialah pada 2008 di PRU12. Di kedua-dua pilihanraya ini saya bertindak sebagai polling agent (agen pengundian) dan counting agent (agen pengiraan).

Setelah dua kali menjadi PACA dan mengikuti proses pengundian dan pengiraan undi dari mula sampai akhir, saya berpandangan agak sukar penipuan dibuat ketika proses pengundian di hari mengundi sebenar dijalankan. Oleh kerana itu saya tidak faham apabila terdapat ramai suara-suara yang mengatakan bahawa pilihanraya tipu, undi hantu, undi Bangla dan sebagainya.

Sebelum saya lanjutkan biar saya letakkan kaveat. Pengalaman saya ini hanyalah tertakluk kepada pengalaman peribadi saya di PRU12 dan PRU13 di tempat dan saluran mengundi yang saya ditugaskan menjadi PACA sahaja. Di tempat-tempat lain mungkin berbeza. Di saluran-saluran lain mungkin berbeza. Pengalaman PACA-PACA lain juga mungkin berbeza. Tapi ini pengalaman peribadi saya.

Dari pengalaman peribadi ini saya memutuskan bahawa di saluran yang saya jaga untuk kedua-dua PRU ini, hampir mustahil penipuan dapat dilakukan. Justeru itu, saya jadi kurang yakin dengan tuduhan-tuduhan yang mengatakan bahawa adanya beribu undi hantu, beribu undi Bangla dan banyak penipuan-penipuan lain yang telah berlaku.

Biar saya kongsikan kenapa saya rasa penipuan hampir tidak mungkin dapat dilakukan ketika proses membuang dan mengira undi dijalankan dengan meneliti bagaimana proses pengundian dibuat di tempat mengundi.

Tulisan ini memang panjang tapi perlu saya huraikan satu persatu supaya orang ramai faham bagaimana proses pengundian di hari mengundi sebenar dilakukan supaya kita dapat menilai sama ada penipuan mungkin berlaku atau tidak.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...