Cadangan Memperkukuhkan Sokongan Cina


http://www.themalaysianinsider.com/images/uploads/2012/october2012/21/2110chua4.jpg 

Berilah nafas baru ke atas sokongan komuniti Cina dangan penubuhan parti baru, Parti Tionghua Baru. 
 
Fariq Islam

 
Kepada Y.B. PM yang dihormati,
Salam 1Malaysia. Selamat menubuhkan kabinet baru.
Apa yang nyata berlainan sekarang ialah ketandusan perwakilan Cina dalam kabinet baru. Ini bukannya satu gejala yang sihat. Keengganan MCA dan Gerakan mengambil bahagian dalam pentadbiran BN membawa risiko besar, bahawa BN kehilangan sokongan Cina yang kian tipis sekaligus.
MCA banyak silap percaturan. Dalam PRU 13, MCA bukan sekadar hilang sokongan Cina, malah Melayu juga tidak sanggup bersabar dengan kata-kata yang tergantung pada bibir Dr. Chua itu, ANTI-HUDUD. Dr. Chua ini bukan sahaja “menjual” hak-hak Cina, malah menyebabkan kemarahan Melayu, yang ramainya juga penyokong BN. Maafkan sajalah kalau saya sebut dia sebagai si maksiat, yang paling berdosa dalam sejarah kepemimpinan BN mahupun MCA. Kini pulak, dia hendak “menghukum” Cina kerana enggan memberi undi kepada MCA! Apakah ini semangat demokrasi? Sampai bilakah MCA akan insaf? Cina memang pandai berniaga, tetapi dalam soal politik, memang pada tahap kurang matang.
Pada hemat saya, kalau MCA begitu degil enggan mendengar nasihat PM, biarkanlah sahaja. Berilah nafas baru ke atas sokongan komuniti Cina dangan penubuhan parti baru, Parti Tionghua Baru. Masukkan ahli-ahli MCA yang menang dalam PRU 13 ke dalamnya. Tarik juga ahli-ahli Gerakan kaum Cina yang menang dalam PRU 13 ke dalamnya. Ambil kesempatan untuk mendorong ahli-ahli DAP dan PKR kaum Cina melompat parti. Peruntukkanlah semua kerusi DUN dan parlimen kepada Parti Tionghua Baru. Jangan BN dibebani dengan MCA yang “koyak”!
Yang ikhlas,
Fariq Islam

 



Comments
Loading...