Pakatan Rakyat Perlu Berubah


http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/635/330x219x44bfd985b260cffb454eaa63ceb54810.JPG.pagespeed.ic.2_iq2KV-_A.jpg 

Pelbagai ikhtiar rakyat seperti berkali-kali berhimpun, berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur, petisyen demi petisyen, mogok lapar, dan aduan ke mahkamah telah dilakukan. Kerajaan buat tidak tahu sahaja.

A. Faizal Rahman  

Disebabkan kongkongan suara di negara ini, pihak Pakatan Rakyat (PR) terpaksa mengadakan perhimpunan di serata negara bagi menyuarakan kekesalannya terhadap proses pilihan raya (PRU) yang lepas. Sambutan masyarakat terhadap perhimpunan-perhimpunan ini amat ‘luar biasa’, hingga ada yang melibatkan penyertaan ratusan ribu manusia.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pula menggerakkan media massa untuk memburuk-burukkan himpunan ini. Ia digelar ‘Malaysia Spring’ dan ‘Anwar Spring’ bagi menyamakannya dengan ‘Arab Spring’. Perhimpunan rakyat ini dikatakan bertujuan untuk menggangu ketenteraman dan merosakkan harta benda. Hakikatnya, perhimpunan-perhimpunan ini menjadi bukti betapa teraturnya dan ‘civil’-nya rakyat Malaysia. Tiada kerosakkan satu harta atau benda pun yang dilaporkan setakat ini. Malaysian Book of Records sepatutnya melakarkan perihal ini sebagai satu rekod nasional.

Pihak polis pula menjalankan operasi menangkap dan mendakwa aktivis-aktivis masyarakat. Polis sebenarnya sudah jemu dengan operasi-operasi sebegini. Bagi mereka, operasi-operasi ini membazir masa, sumber dan anggota; yang sepatutnya dikerah untuk menangkap penjenayah sebenar. Yang paling dikesali pihak polis adalah cemuhan masyarakat akibat tindakan mereka yang hanya ‘menurut perintah’.

 

Ubahlah pendekatan

Kitaran PR berhimpun kerana tiada ruang bersuara, kerajaan BN memburukkan PR dan polis menzalimi rakyat – berulang terlalu banyak kali. Antara contoh yang boleh diambil iktibar adalah skandal Lynas. Pelbagai ikhtiar rakyat seperti berkali-kali berhimpun, berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur, petisyen demi petisyen, mogok lapar, dan aduan ke mahkamah telah dilakukan. Kerajaan buat tidak tahu sahaja. Sedar-sedar, kilang Lynas telah pun siap dan sudah beroperasi sekarang. Oleh itu, buat PR, janganlah bergantung harap dengan usaha berhimpun, petisyen dan aduan mahkamah. Besar kemungkinan, usaha-usaha tersebut akan diabaikan kerajaan. Keputusan PRU-13 akan kekal begitu sahaja.

Lainlah jika institusi Agong, penaung sebenar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), ingin menyiasat ketelusan proses PRU-13 (melalui Suruhanjaya DiRaja),  peluang untuk aduan PR didengari dengan adil nampak suram. Lebih-lebih lagi, apabila SPR dilihat ‘berteduh’ dibawah payung tuan ‘de fecto’-nya, iaitu kerajaan BN.

PR hendaklah menerima hakikat bahawa negara ini adalah negara dunia ketiga yang diperintah oleh golongan yang mementingkan diri sendiri. Perjuangan menetang kezaliman memanglah mengujakan. Tetapi, berdasarkan pengalaman yang lalu, peluang untuk menukar keputusan kerajaan dengan cara ini, amatlah tipis.

Bagi penulis, pendekatan yang lebih bermanafaat adalah dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menguatkan keyakinan rakyat kepada PR. Halu tuju PR dan momentum sokongan rakyat kepadanya sudah cukup memberansangkan. Dengan sedikit tambahan sokongan dari golongan atas pagar, moderat dan penyokong BN, ia pasti dapat membentuk kerajaan pusat di PRU akan datang. Kini, apa yang PR perlu adalah sedikit kesabaran dan ketabahan.

 

Biarkan Barisan Nasional

Mengapa PR sahaja yang perlu berubah? Jawapannya mudah. BN terbukti tidak mampu berubah. Lihat bagaimana ia sentiasa mendahulukan pemimpin-pemimpin korup daripada kepentingan rakyat. Taib Mahmud, Shahrizat Jalil, Raja Ropiah, Isa Samad dan rakan-rakan. Lihat bagaimana ia lebih mementingkan kepentingan ‘perompak’ kapitalis seperti tauke-tauke IPP (Independent Power Producers), konsensioner Lebuh Raya, syarikat air swasta, kontraktor pengangkutan awam (dan lain-lain) daripada kelansungan hidup rakyat. Lihatlah bagaimana tender-tender kerajaan dibaham ahli-ahli keluarga yang tidak berkebolehan. Banyak lagi, dan berkali-kali. Ia terlalu banyak dan berkali-kali hinggakan kebarangkalian skandal-skandal umpamanya berulang adalah satu kepastian. Bukan tidak ditegur. Bukan tidak dibongkar. Bukan tidak dibantah. Masalahnya adalah kepimpinan; tiada azam(will) atau kesediaan untuk berubah dan membela rakyat.

Read more at: http://secebiswaras.wordpress.com/2013/05/31/pakatan-rakyat-perlu-berubah/ 

 



Comments
Loading...