Mengahwini dan mempoligamikan kanak-kanak – Malaysia boleh terima?


http://www.thenutgraph.com/wp-content/uploads/2013/06/osama-389x580.jpg 

(The Nut Graph) – BEBERAPA tahun dulu, saya menonton filem Osama tentang seorang kanak-kanak perempuan miskin di Afghanistan yang terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki supaya boleh bekerja untuk menyara keluarganya. Cerita diakhiri dengan identiti budak kecil itu diketahui lalu dipaksa kahwin dengan lelaki tua beristeri tiga.

Para penonton, termasuk saya, merasa terobek-robek jiwa. Kalau boleh hendak minta penulis dan pengarah filem agar tukar skrip dan mengakhirinya dengan happy ending. Tapi, di situlah kekuatan filem itu. Ia menggugah kita bahawa realiti kehidupan tidaklah semudah dan seindah seperti yang kita mahu.

Yang sedihnya, kisah kahwin bawah umur seperti ini tidak lagi hanya berlaku di Afghanistan, Saudi Arabia, Pakistan dan Bangladesh. Sekarang, sudah semakin kedengaran ianya berlaku di negara kita, Malaysia sendiri.

Read more at: http://www.thenutgraph.com/mengahwini-dan-mempoligamikan-kanak-kanak-malaysia-boleh-terima/ 



Comments
Loading...