Kempen Najib tidak ditentang bermula


Mungkin Muhyiddin dan lain-lain pimpinan Umno yang berada di baris depan tidak mencabarnya. Tetapi tidak mustahil kejadian Tun Huseain Onn tidak dicabar oleh Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Dia telah dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.

Subky Latif, Harakah

Jika Datuk Najib pemimpin yang bearwibawa dan diterima oleh semua, apa perlunya ketua Puteri dan ketua Pemuda Umno menyeru supaya belilau tidak ditandingi dalam pemilihan Presiden Umno yang akan datang?

Bahkan Tan Sri Muhyidin Yasin juga tidak perlu dicabar bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Seolah-olah telah bermula kempen dalam kalangan parti itu supaya jangan ada yang mencabar kedua-dua pemimpin itu untuk mengekalkan jawatan masing-masing.

Apakah telah ada kemungkinan dia dicabar berikut prestasi buruk Barisan Nasional dalam PRU yang lalu, malah pencapaiannya lebih buruk dari PRU 2008 di bawah Tun Abdullah Badawi dulu. Ia bukan sekadar buruk di peringkat Parlimen, bahkan pimpinan langsungnya dalam BN dan Umno Selangor juga lebilh buruk daripada sebelumnya.

Jika prestasi buruk Tun Abdullah Badawi dulu diikuti oleh kebangkitan Umno secara langsung diketuai oleh Najib sendiri, menuntut Pak Lah berundur, maka bukanlah Najib kebal sangat hingga dia dibiarkan saja.

Maka Najib sendiri memahami apa yang dilakukannya terhadap ketuanya dulu, bukan ia mustahil melandanya. Telah pun ada yang mahukan Tan Sri Muhyidin berperanan bagi membangunkan semula kuasa Umno dan BN.

Dr Mahathir selepas dicabar oleh Tengku Razaleigh mengambil tindakan supaya jawatan presiden jangan dicabar kerana ia dikatakan mengundang perpecahan parti seperti yang terjadi selepas pemiliihan yang dia menang tipis. Dia berjaya mengelakkan dia tidak dicabar lagi selepas itu.

Abdullah Badawi selepas prestasi  buruknya itu cuba mengelakkan dia tidak dicabar. Dia membuat rancangan untuk berundur dalam jangka waktu terdekat iaitu supaya  sempat dia dipilih semula sebagai Presiden sebelum melepaskan jawatan. Tetapi Umno tidak menerimanya dan mahu beliau pergi lebih cepat. Itulah yang terhadi kepadanya.

Najib sedar nasib yang menunggunya. Maka sebelum timbul suara supaya dia pergi, dia menyuarakan dulu bahawa dia sedia dicabar. Sebagai seorang pengamal demokrasi, maka dia membenarkan dirinya dicabar.

Dia seperti membuka kepada Umno untuk membuat pilihan sama ada mahu dia dicabar atau sebaliknya.

Tentunya dia tidak mahu dia dicabar. Tetapi dia tidak dapat larang ahli-ahli Umno bertindak.

Sebelum dia dicabar, dia seolah-olah membuka peluang kepada sesiapa dalam pimpinan Umno untuk mencabarnya. Kenyataannya itu adalah mencabar orang yang tidak senang dengan pretasinya mencabarnya.

Mungkin Muhyiddin dan lain-lain pimpinan Umno yang berada di baris depan tidak mencabarnya. Tetapi tidak mustahil kejadian Tun Huseain Onn tidak dicabar oleh Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Dia telah dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.

Apa pun Tengku Razaleilgh  yang pernah menawar diri dicalonkan dipercayai akan menawarkan diri sekali lagi. Jika Ku Li tampil, maka penampilannya tidaklah seperti penampilan Haji Sulaiman.

Walaupun peluang Ku Li tidak begitu cerah, tetapi dia boleh mendapat perhatian yang lebih dari yang Haji Sulaiman dapat. Orang  tidak mengira Haji Sulaiman sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai, tetapi tiada yang mengira Ku Li tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri  dan Presiden Umno.

Sebelum cabaran itu berlaku, Najib cabar Umno membuat pendirian. Disuarakannya dia sedia ditentang. Spontan Umno seluruhnya bangun menyuarakan supaya dia jangan dicabar. Bahkan kalau Muhyidin sedia mencabarnya, mereka sarannya dia juga tidak dicabar. Suara itu mencabar Muhyidin jangan cabar Najib.

Kempen sudah bermula supaya Najib jangan dicabar. Orang lain mungkin tidak berani, tetapi tiada yang menghalang Ku Li untuk menunaikan tanggungjawabnya.

 



Comments
Loading...