Anwar mengadu kepincangan p’raya kepada Presiden Indonesia


Bagaimanapun, Susilo Bambang Yudhoyono Susilo mengatakan beliau tidak boleh mencampurin urusan dalam negeri Malaysia.

(FMT) – JAKARTA: Indonesia enggan campur tangan urusan pilihan raya di Malaysia yang didakwa pincang oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laman web viva.co.id melaporkan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) mengatakan perkara ini dalam pertemuan dengan Anwar di Bali tiga hari lalu.

Anwar mendakwa beliau bertemu SBY atas undangan Presiden Indonesia itu selain turut bertemu bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (JK).

SBY menyatakan kepada Anwar, (beliau) tidak boleh mencampuri urusan dalam negeri Malaysia.

“Saya beritahu Presiden (SBY) bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak (boleh) dibiarkan begitu saja,” kata Anwar dalam sidang media di Jakarta semalam.

SBY berterima kasih

Anwar menjelaskan SBY berterima kasih kepadanya kerana menjelaskan perkembangan pilihan raya umum di negaranya.

Bagaimanapun, Presiden Indonesia itu memberitahu Anwar ingin mendapat keterangan terkini berkait kecurangan besar pilihan raya umum itu.

“Ini sudah rahsia umum makanya saya jelaskan kepada beliau. Indonesia sahabat saya, dulu dan sekarang,” ujarnya.

Anwar menjelaskan jika menjadi pemimpin di Malaysia, beliau akan membaiki hubungan dengan Indonesia.

Manakala dalam pertemuan dengan JK, Anwar  menceritakan mengenai kesukaran yang dihadapinya selama ini.

Anwar mengatakan, sepanjang lima tahun menjadi Ketua Pembangkang di Parlmen, dia tidak diberi ruang satu minit pun untuk bercakap di depan media Malaysia.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...