Anwar: Kejatuhan Morsi sebabkan ‘Arab Spring’ mundur


(TMI) – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengutuk kudeta tentera yang menggulingkan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi dan mendakwa ia menyebabkan kemunduran kepada “Arab Spring”.

Ketua Pembangkang itu, berkata seluruh negara yang mengamal demokrasi mesti mengutuk tindakan tidak demokratik itu.

“Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.

“Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar,” katanya pada kenyataan media lewat petang ini.

PAS hari ini mengutuk penggulingan Mohamed Morsi dan mengecam tindakan tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.

Menurut Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi dalam era sekarang.

“Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...