Wanita Umno tidak mahu Shahrizat dicabar


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/07/azalina-shahrizat.jpg 

(FMT) – Berkemungkinan besar tidak ada calon yang layak mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilhan jawatan Ketua Wanita Umno akhir tahun ini.

Bahagian Wanita mahu mengekalkan kepimpinan Shahrizat sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Berkemungkinan besar tidak ada calon yang layak mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilhan jawatan Ketua Wanita Umno akhir tahun ini.

Bahagian Wanita Umno mahu mengekalkan kepimpinan Shahrizat sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menawarkan diri tetapi dipandang sepi oleh orang lain.

Menurut mereka, Azalina bekas menteri kabinet era Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan lawan setanding untuk Shahrizat.

Azalina tidak mempunyai jawatan besar dalam parti dan kerajaan, sekadar ahli parlimen Pengerang dan ketua Umno bahagian. Sebaliknya, Shahrizat mengetuai  pergerakan itu sejak Mac 2009 yang menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz penyandang jawatan waktu itu.

Jika Wanita Umno serius memilih ketua baru, mereka perlu mencalonkan calon yang lebih berwibawa dan popular. Azalina sudah melepasi tahap itu – beliau umpama kacang kecil dan kerana itu tawarannya itu berlalu sepi.

Bekas Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Halimah Sadiue; Ketua Wanita Kedah, Datuk Maznah Hamid dan Ketua Wanita Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah merupakan calon yang lebih berpengalaman dalam politik Wanita Umno. 

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/05/wanita-umno-tidak-mahu-shahrizat-dicabar/ 



Comments
Loading...