Ahli PKR mahu hantar memo kepada JK Disiplin


Dakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim engkar arahan parti untuk melantik Dr Xavier Jayakumar sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. 

B Nantha Kumar, FMT

Sekumpulan ahli PKR merancang untuk menfailkan aduan rasmi kepada jawatankuasa disiplin PKR terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  kerana engkar arahan parti untuk melantik Dr Xavier Jayakumar, Adun Seri Andalas sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.

Menurut sumber dalaman PKR, berkata bahawa Khalid telah menguggurkan nama Dr Xavier dan menggantikan dengan Dr Daroyah Alwi, Adun Sementa sebagai Exco tanpa mendapatkan restu dan persetujuan dari Biro Politik parti.

“Ketidakpatuhan Khalid terhadap keputusan parti bukanlah baru,” tegas beliau yang enggan namanya disiarkan.

Tambah beliau Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim , nampak gah secara mata kasar luaran tetapi sebenarnya beliau tidak boleh ‘kawal ’ Khalid.

Ujarnya lagi dalam banyak perkara Khalid tidak melayan panggilan telefon dari Anwar.

Ia bukan lagi menjadi rahsia di kalangan pimpinan parti di mana Anwar sendiri terpaksa mencari Khalid di rumahnya di Damansara Height untuk  membincangkan beberapa perkara.

Khalid belakangkan kepimpinan PKR

Khalid juga dilihat membelakangkan kepimpinan PKR negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) walaupun Khalid duduk di dalam Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor  atas  kapasitinya sebagai ketua cabang Kuala Selangor.

Dilaporkan juga Khalid hampir tidak menghadiri langsung mesyuarat MPN tersebut.

Dalam satu kes lain, Khalid dilaporkan enggan mematuhi arahan MPN Selangor yang telah dipersetujui oleh Biro Politik pusat parti untuk melantik Hamidi Hassan, Setiausaha  MPN Selangor sebagai setiausaha Politiknya menggantikan Faekah Husin.

Hamidi calon PKR, seorang bekas pengurus bank, tewas di Dun Semenyih dalam PRU 13 yang lalu.

Dalam satu perkembangan terbaru, bekas pembantu khas kepada  Dr Xavier iaitu Abdul Razak Ismail telah dipanggil mengadap panel jawatankuasa Disiplin parti semalam bagi menjawab tuduhan terhadap beliau.

Abdul Razak diberi surat tunjuk sebab selepas khabarnya mengeluarkan kata-kata kesat melampau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu membabitkan pengguguran Dr Xavier sebagai Exco Negeri Selangor.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...