Kereta: Bermegah atau keperluan?


http://www.themalaymailonline.com/uploads/articlesdebt-ratio-small_484_395_100.jpg 

Mereka sering menyebut kereta sebagai keperluan sedangkan hakikat sebenar adalah “keperluan” untuk bermegah atau tidak merasa rendah.

Zulhabri Supian, The Malay Mail 

“A developed country is not a place where the poor have cars, it’s where the rich use public transportation.” — Enrique Penalosa, bekas Datuk Bandar Bogota, Colombia.

Pada 2012, Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 ada menyiarkan butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah dan hasilnya cukup memprihatinkan.

Beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang saya kutip daripada kenyataan akhbar Parti Keadilan Rakyat bertarikh 24 Julai 2012 adalah seperti berikut;

1. 53 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;

2. 71.9 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;

3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Senario ini memperlihatkan hutang kereta adalah salah satu beban hutang utama rakyat. Maka dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, Pakatan Rakyat (PR) hadir menawarkan penurunan harga kereta untuk mengurangkan beban hutang rakyat dalam manifestonya. Malangnya PR gagal memperoleh mandat.

Berbicara tentang harga kereta di Malaysia, saya tidak terlalu peduli kerana tidak memerlukannya. Maka soal sama ada harga kereta di Malaysia tinggi berbanding negara lain bagi saya soal kedua. Soal utama adakah perlu isi rumah (juga mereka yang muda dan baru bekerja) yang hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan memiliki kereta?

Jawapan saya terhadap soalan tersebut adalah tidak, tetapi ya untuk mereka yang benar-benar memerlukan seperti salesman, peniaga pasar malam dan yang sepertinya. Juga ya untuk mereka yang tidak merengek sekiranya harga minyak naik, kos penyelenggaraan naik, kadar tol naik dan naik-naik yang lain.

Read more at: http://www.themalaymailonline.com/opinion/zulhabri-supian/article/kereta-bermegah-atau-keperluan 



Comments
Loading...