Najib mahu pastikan tiada MP Borneo lompat parti


https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTbLtbFAidfUXq9JsWpzm6IwtV_DcEBQ9vOL9EP9UacJuzRVrNdgw

Hampir kesemua anggota parlimen Sabah dan Sarawak telah “diurus” dengan baik, masing-masing mendapat habuan.

(FMT) – Seramai 48 dari 57 Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Labuan adalah dari Barisan Nasional (BN). Jumlah 48 ini sekali gus memastikan BN terus memerintah Kerajaan Pusat untuk lima tahun lagi.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah dan Sarawak hujung minggu ini, yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke 13, lebih kepada merayakan “kemenangan” pimpinannya memastikan tiada Ahli Parlimen dari Borneo lari ke pihak pembangkang.

Seramai 48 dari 57 Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Labuan adalah dari Barisan Nasional (BN). Jumlah 48 ini sekali gus memastikan BN terus memerintah Kerajaan Pusat untuk lima tahun lagi.

Hampir kesemua anggota parlimen Sabah dan Sarawak pula dikatakan telahpun “diurus” dengan baik, masing-masing telah mendapat habuan sama ada telah dilantik menteri, timbalan menteri mahupun jawatan-jawatan lain sama ada dari kerajaan pusat atau kerajaan negeri.

Terbaru sekali, Ahli Parlimen Sipitang, Sabah, Sapawi Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Satu ketika, Sapawi rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas penglibatan aktif dalam kegiatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu di Semenanjung dan Sabah.

READ MORE HERE



Comments
Loading...