Presiden Umno: Ku Li jadi lawan Najib?


 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/tengku-razaleigh-hamzah-300x239.jpg

Pemerhati politik berpendapat Ku Li tidak perlu mencabar Najib kerana zamannya sudah berlalu dan beliau seangkatan dengan Tun Dr Mahathir Muhamad 

Zabidi Saidi, FMT 

PETALING JAYA: Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hampir pasti akan menentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pemilihan Umno 19 Oktober depan.

Menurut blogger Shahbudin Husin dalam blognya shahbudindotcom.blogspot.com, bekas Menteri Kewangan itu telah menerima desakan dari bahagian-bahagian untuk mencabar Najib memandangkan kegagalan Najib membawa BN menang dengan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau yang rapat dengan Ku Li menulis Ku Li akan membuat pengumuman sebelum 28 September depan.

“Meskipun belum ada kata putus yang keluar daripada mulutnya sama ada akan bertanding atau sebaliknya, namun desakan dan permintaan yang bertali arus mehukannya khidmatnya itu mungkin membuatkan Ku Li akhirnya akur dengan semua permintaan dan desakan itu,” tulis Shahbudin dalam tulisan yang berjudul “Tengku Razaleigh Hampir Pasti Tanding Presiden UMNO” dalam blognya itu.

Pemerhati politik berpendapat Ku Li tidak perlu mencabar Najib kerana zamannya sudah berlalu dan beliau seangkatan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka merasakan Ku Li tidak akan menang kerana Najib sudah banyak membuat transformasi sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.

“Tetapi sekurang-kurangnya Najib akan mendapat undi protes seperti mana Tun Hussein Onn yang mendapat undi protes apabila beliau dicabar Sulaiman Palestine pada tahun 1978,” kata pemerhati politik

Ku Li yang merupakan bekas Naib Presiden Umno telah mencabar Dr Mahathir dalam pertandingan paling sengit dalam sejarah Umno pada 24 April 1987. Ku Li tewas 43 undi sahaja.

Ini menyebabkan Umno akhirnya diharamkan oleh mahkamah apabila penyokong Ku Li yang tidak berpuas hati dengan kekalahannya itu membawa kes itu ke mahkamah.

Berikutan pengharaman Umno, Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru) dan tidak membenarkan Ku Li menyertai semula Umno (baru). Ini mendorong Ku Li menubuhkan Semangat 46.

Pada tahun 1996 Ku Li membubarkan Semangat 46 apabila rakyat menolak parti itu sebanyak dua kali pada pilihanraya umum 1990 dan 1995. Beliau menyertai semula Umno pada tahun 1996.

READ MORE HERE



Comments
Loading...