Anwar tak setuju Tanda Putera disekat


Hasbullah Awang Chik, TMI

PKR tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang menasihatkan pengusaha pawagam di Pulau Pinang supaya jangan menayangkan filem kotroversi, Tanda Putera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu berkata, Malaysia adalah negara merdeka dan sesiapa sahaja berhak menyampaikan pandangan masing-masing sambil menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya memberikan nasihat kepada pengusaha pawagam di negeri itu.

“Guan Eng hanya menasihatkan bukannya melarang untuk menayangkan Tanda Putera. Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu.

“Apa yang dikesalkan ialah filem itu mempromosikan propaganda Barisan Nasional (BN) malah pengarahnya sendiri Datin Paduka Shuhaimi Baba mengakui filem berkenaan bergenrekan fiksyen.

“Filem itu dilihat memainkan sentimen kaum dan tidak perlu filem berkenaan dipaparkan kepada generasi muda terutama mereka yang mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) bagi menggambarkan kisah sebenar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969,” katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Merdeka kali ke-56 di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai perlu faham filem berkenaan adalah agenda BN dan ia digunakan semata-mata bagi menyampaikan agenda politik sempit pemimpin BN.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...