“Cium Mulut” Najib, Anwar lebih cepat jika Presiden Umno tidak ditandingi


Dilihat dari sudut logik dan kedudukan Najib serta Anwar, penyatuan antara kedua pemimpin ini memang tidak mustahil akan berlaku. Anwar kini berdepan dengan isu mahkamah mengenai kes liwat dengan Saiful Bukhari dan mengharapkan penyelasaian yang memihak kepadanya supaya tiada lagi titik-titik hitam dalam persepsi umum terhadapnya.

Shahbudin Husin, TMI

Walaupun beberapa pemimpin Umno menolak hasrat dan tawaran Anwar untuk mengadakan dialog atau kerjasama dengan Najib sebagaimana yang diluahkannya dalam perutusan sempena sambutan Merdeka dua hari lalu tetapi episod ini telah menelanjangkan lebih banyak perkara yang terlindung selama ini.

Setelah isu ini timbul beberapa kali sejak berakhirnya piliharaya umum lalu, kini seperti diyakini bahawa kerjasama antara Najib dan Anwar ini akan menjadi kenyataan juga akhirnya.

Dengan beberapa kali isu ini timbul juga, ia seakan mengiyakan bahawa Najib dan Anwar sudah saling bermain mata sebelum ini dan hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk menjalinkan kerjasama atau “cium mulut” dalam bahasa atau istilah budak-budak rock zaman sekarang, menjadi kenyataan.

Jika sebelum ini ketika ditemubual oleh portal berita luar negeri, The Edge Review dan Asia Sentinel, Anwar yang mendedahkan tentang hasrat Najib ingin berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengannya, kali ini nampaknya Anwar pula meluahkan keinginan itu.

Dan jawapan balas atau penafian Najib mengensi berita itu cukup lembut dan berdiplomasi, tidak terlihat tanda-tanda melenting atau penafian yang keras. Penjelasan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hanya menyebut isu kerjasama itu sebagai rekaan dan imaginasi penulisnya semata-mata dan tidak mengatakan ianya sebagai fitnah.

Berbeza sekali dengan beberapa ungkapan kasar dan emosional yang pernah dilafazkan oleh Najib ketika berhadapan dengan fitnah dan serangan pembangkang selama ini, termasuk pernah menggelarkan “haram jadah” kepada para peneroka Felda.

Tetapi dalam isu dakwaan Anwar bahawa Najib yang ingin dulu memulakan langkah berbaik-baik dengannya, tak peduli sama ada ianya rekaan, imaginasi, fitnah atau sebaliknya, Najib seolah-olah tidak terkessn atau terganggu sama-sekali, bahkan seperti menerimanya sambil tersenyum mendengarnya.

Bahkan, dalam penjelasan yang hanya dikeluarkan setelah hampir seminggu dijaja oleh Anwar, ia juga menyebut kerjasama dalam apa bentuk sekali pun tidak mungkin berlaku selagi Pakatan Rakyat tidak mahu menerima keputusan pilihanraya, bahkan terus mempertikaikannya. Ewah, ewah… begitu berbudi bahasa dan lemah lembut penjelasan Najib mengenainya!

Kini setelah Anwar sendiri meluahkan hasrat menawarkan kerjasama dengan kesediaan menerima keputusan pilihanraya umum lalu, reaksi Najib turut cukup santai. Walaupun ianya dibawa dalam perbincangan MT Umno dan seperti yang disebut oleh Hishammuddin bahawa Najib akan menjelaskan isu itu di lain ketika, Perdana nampaknya sekali lagi tidak terganggu dengannya bahkan kepantasannya membawa perkara itu ke dalam mesyuarat MT tidak lebih menunjukkan keterujaannya dan ingin melihat reaksi daripada pemimpin-pemimpin Umno yang lain mengenainya.

Walaupun Hishammudin, Khairy Jamaluddin, Mukhriz, Nazri Aziz dan Tengku Adnan dilihat memberi reaksi menolak dan skeptikal terhadap hasrat Anwar itu tetapi mereka ini juga merupakan pemimpin yang mudah akur jika Najib menyatakan sebaliknya mengenai hasrat Anwar itu.

Dilihat dari sudut logik dan kedudukan Najib serta Anwar, penyatuan antara kedua pemimpin ini memang tidak mustahil akan berlaku. Anwar kini berdepan dengan isu mahkamah mengenai kes liwat dengan Saiful Bukhari dan mengharapkan penyelasaian yang memihak kepadanya supaya tiada lagi titik-titik hitam dalam persepsi umum terhadapnya.

Meskipun keputusan pilihanraya umum lalu memperlihatkan PR mempunyai harapan yang lebih cerah dalam pilihanraya lima tahun akan datang berikutan pengundi bandar dan separa bandar makin meningkat, pengundi muda dijangka mencecah angka 5 juta dan tembusan internet yang makin meningkat tetapi isunya tempoh empat atau lima tahun cukup lama bagi Anwar yang sudah berusia 65 tahun sekarang ini.

Dengan menjalin kerjasama atau cium mulut dengan Najib serta mungkin disertai dengan kemungkinan kembali menyertai kerajaan, kes mahkamahnya boleh diuruskan dengan baik.

Walaupun ia mungkin menyebabkan Anwar terbantut hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jika kegagalan itu ditampung dengan penonjolan beberapa orang kepercayaannya menyertai kerajaan seperti Azmin Ali, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli, ia mungkin sudah memadai bagi Anwar dan boleh membuatkannya meninggal dunia suatu hati nanti dalam keadaan mata terpejam.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...