Apabila pemimpin Umno tak kenal Sang Saka Merah Putih..!!


http://3.bp.blogspot.com/-Hx5JP4ReIss/UiS4t6AmpNI/AAAAAAABZyM/NFaUtxagboc/s400/bendera-saka-malaya-umno-merah-putih.jpg 

Saya setuju dan iktiraf Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan kita, tapi kenapa mahu nafi jasa kumpulan lain yang telah bergadai nyawa melawan penjajah. Kumpulan-kumpulan ini yang dilabel komunis oleh penjajah British, namun kenapa diteruskan label ini oleh Umno setelah 56 tahun kita merdeka?

Rakyat Marhaen 

Membaca tulisan YB Nur Jazlan di The Malaysia Insider  jelas menggambarkan bukan saja rakyat muda sahaja keliru identiti, malah pemimpin yang berpendidikkan juga boleh sesat dalam realiti.

Yang berhormat mempersoalkan bersungguh-sungguh mengapa seorang Sasterawan Negara dan aktivis mahasiswa tergamak mengibarkan satu bendera ‘yang entah mana datangnya’ pada malam sambutan kemerdekaan.

Bagi saya jika pemuda gerak gempur Umno tidak kenal sejarah dan bendera Sang Saka itu masih boleh dimaafkan, tapi bila seorang pemimpin Umno, tak perasan bendera Sang Saka (yang kemudiannya diciplak menjadi nama dan bendera Umno), ini sangat memalukan.

Kembali kepada persoalan YB Nur Jazlan, kenapa seorang  tua letih berjanggut dan seorang anak muda yang menggelegak darahnya sanggup mengibarkan bendera pertubuhan kiri pada malam sambutan hari kemerdekaan, jawapnya mudah; mereka dan saya yakin majoriti rakyat rentas generasi umur sudah muak apabila saban tahun hari kemerdekaan itu dibarisan nasionalkan. Pejuang-pejuang kemerdekaan dan semangat cinta negara itu diikat kepada parti pemerintah. 



Comments
Loading...