Khalid Samad sokong Anwar jumpa Najib


Membincangkan isu negara dan bukannya merancang pembentukan kerajaan perpaduan.

Jamilah Kamarudin, FMT

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad bersetuju usul pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan bagi membincangkan isu masalah negara dan bukannya merancang pembentukan Kerajaan Perpaduan (UG).

Katanya, semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka memandangkan perkara itu boleh menguntungkan rakyat apabila kerajaan dan pembangkang duduk bersama membincangkan dasar polisi negara.

“Sekarang ni perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan bukan untuk membentuk UG tetapi mencari dasar bersama yang wajar untuk menyelamatkan masalah yang sedang dihadapi negara.

“Soal UG tiada dalam agenda Pakatan Rakyat kerana majoriti rakyat sudah tolak BN),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian dalam responnya mengenai cadangan Anwar yang mahu berjumpa dengan Najib dan kerajaan BN dalam perutusan Hari Kemerdekaan minggu lalu.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bagaimanapun membidas cadangan tersebut dan menggesa Anwar membentangkan isu itu secara terbuka dalam Dewan Rakyat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...