Pengguna internet marah Pak Samad ditahan awal pagi


Diyana Ibrahim, TMI

Penahanan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pada 12.40 pagi tadi mencetuskan kemarahan pengguna di laman sosial, dan kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penahanan itu.

Antara yang berang ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai biadap kerana mengheret Samad pada tengah malam.

“Tindakan biadab! A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?” Reaksi Anwar dalam laman Twitternya ketika mengetahui Samad ditahan.

Anwar turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada sasterawan negara itu.

Dalam Twitternya, Anwar berkata, menteri dalam negeri  wajib mohon maaf kepada kepada Samad  kerana pada usianya 80 tahun,  beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis.

“Tak dapat soal siasat siang hari? Perikemanusiaan?” katanya dalam Twitter.

Tindakan polis menahan Samad turut dikritik rakan seperjuangannya dalam Bersih, Datuk Ambiga Sreenavasan yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.

“Pak Samad, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Layanan yang mengejutkan dalam menghormati sasterawan negara,” memetik dari laman twitter Ambiga.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kini berada di Sibu turut mengutuk tindakan polis.

“Penahanan yang dibuat pada polis merupakan satu kebiadapan ia mesti dikutuk oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.

Manakala seorang pengguna sosial, Radin Shamsulkamar @radins berkata dalam twitternya : “Kalau Pak A Samad Said berjalur Umno, nescaya PDRM tidak akan bertindak semustahil  ini.”

Komen twitter itu turut dihantar kepada Zahid Hamidi dan Ketua Polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Zaim Al Amin @zaimhq : “Sasterawan negara berusia 80 tahun dibawa ke Balai Polis pada waktu malam untuk disiasat.”

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...