Ulama Perempuan


http://www.thenutgraph.com/wp-content/uploads/2013/09/mosqueleaderland-580x263.jpg

Padahal, ada ustazah yang sewaktu di universiti, mutu kelulusannya jauh lebih tinggi dari sesetengah ustaz yang lulusnya sekadar tahap ala kadar. Akan tetapi, bila selesai pengajian, sesetengah ustaz yang tahap kelulusannya  sekadar cukup makan itu pula yang dengan penuh yakin mengedepankan dirinya atau diangkat sebagai ahli agama yang jadi sumber rujukan banyak pihak.  

Norhayati Kaprawi, The Nut Graph

SESETENGAH orang akan tertoleh dua kali seperti tersalah dengar apabila mendengar perkataan “ulama perempuan”. Dua perkataan yang seperti tidak boleh disebutkan seiringan. “Orang perempuan mana boleh jadi ulama. Kan orang lelaki saja boleh,” kata sesetengah orang. Ada yang malah menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat bertentangan dengan Islam.

UlamaPerempuan

Poster  tayangan Ulama Perempuan

Namun, apakah persepsi ini benar? Mengapa wujud persepsi begini? Apakah benar tidak ada ulama wanita dalam sejarah dan tradisi Islam?

Justeru saya ingin mengetengahkan sebuah gerakan “Pengkaderan Ulama Perempuan” di Indonesia melalui dokumentari saya Ulama Perempuan yang ditayangkan pada 20 Sept 2013.  Sebenarnya filem saya masih belum begitu siap, namun saya tayangkan juga sekadar untuk memulakan perbincangan mengenai isu ini.

Ulama perempuan

Apakah lupa bahawa Siti Aisyah r.a. itu juga dianggap sebagai ulama dan mufti. Ramai para sahabat yang bertemu beliau untuk belajar dan meminta nasihat tentang hal-hal agama.  Begitu juga Rabiah Al Adawiyah, ramai ulama-ulama  besar lelaki yang turut berguru dengannya.

Al-Muhaddithat: The Women Scholars in Islam, buku kajian Felo Penyelidik dari Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Dr Mohammad Akram Nadwi, mengemukakan 8,000 perawi hadith wanita yang selama ini tidak pernah diwar-warkan pada umat Islam, sehingga hampir seluruh umat Islam menyangka bahawa perawi hadith mestilah hanya orang laki-laki saja.

Sekali lagi, seluruh umat Islam seperti terlupa bahawa perawi hadith yang penting dan utama ialah Siti Aisyah r.a.

womenbookcover

Al Muhaddithat: The Women Scholars in Islam

Tahukah anda bahawa mengambil air sembahyang itu ialah hasil dari perawian hadith seorang wanita, iaitu Rubiyya Muawidh ibn Afrah?  Menurut Dr Muhammad Akram, Rubiyya merupakan perawi hadith yang hebat, yang banyak dipetik oleh Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah.

Read more at: http://www.thenutgraph.com/ulama-perempuan/ 

 



Comments
Loading...