Tidak Perlu Keluar Malaysia, Hanya Tinggalkan BN


http://www.thechoice.my/images/355/Political-Parties-of-Sabah.jpg 

Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa.

Sakmongkol AK47

Kita tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib. Kita boleh lakukan nya sekarang. Biarkan UMNO dan BN merasai penangan sokongan majority dan undi popular. Mereka menang kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih tidak sedar diri. Pemimpin UMNO masih angkuh dan membudak budakkan orang lain.
 
Di Malaysia Timur, BN ada 47 kerusi parlimen dan jumlah yang agak besar dalam tangan komponen bukan UMNO. Jika parti2 ini tinggalkan BN, bagaimana? Jeferey Kitingan dan lain2 tokoh Malaysia Timur hanya perlu berkerja keatas parti ini untuk menumbangkan PM Najib. Tidak perlu keluar Malaysia kerana itu akan menjustifikasikan tindakan ketenteraan keatas bangsa Malaysia sendiri. 
 
Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa. Katalah 14 ahli parlimen PBB berkecuali dan 11 parlimen bukan Islam keluar BN. jika keluar hanya akan membawa faedah kepada kaum mereka. di Sabah pula jika 8 kerusi parlimen bukan-UMNO keluar BN sudah ada 19 kerusi berpindah.
 
Jika PBB berkecuali samalah seperti  BN hilang 14 parlimen menyebabkan 33 kerusi perpindah. BN akan hanya tingal 100 kerusi dan bila 33 ahli parlimen bersekutu dengan 89 ahli parlimen PR- sudah ada 122 kerusi. Jika 122 ahli parlimen ini bersatu- BN sudah tidak bertahan lagi. Sebaik sahaja threshold in dicapai, berduyun ahli parlimen UMNO dan BN menyeberang. Bayangkan jika 7 ahli parlimen MCA turut sama. Kiamat dunia bagi pencuri dan perasuah BN. Dikalangan 88 ahli parlimen UMNO itu pun kita boleh bincang2. Kita boleh gunakan kaedah insentif atau kaedah ugutan.

Boleh kita lakukan begini? Mengapa tidak. Sebaik sahaja BN hilang sejumlah kerusi parlimen, parti lain boleh jadi kerajaan. banyak pembaikan kita boleh lakukan. Orang Melayu tidak perlu takut jika UMNO ditewaskan. Selagi kerajaan yang ganti BN mempunyai majority pimpinan Melayu, itu sudah mencukupi.

Read more at: http://sakmongkol.blogspot.com/2013/10/tidak-perlu-keluar-malaysia-hanya.html 



Comments
Loading...