Hishamuddin Rais keluar kenyataan kontroversi lagi berbahaya


http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2013/10/baha-300x186.jpg 

(Kuala Lumpur Post) – Aktivis politik pro pembangkang, Hishamuddin Rais dilihat mengeluarkan satu kenyataan kontroversi lagi berbahaya apabila menyamakan neraka, syurga, bidadari, dosa dan pahala yang disebut dalam al-Quran sebagai konsep daripada kitab suci Hindu Veda.

Tidak kiralah apa tujuan sebenar Hishamuddin sekali pun, dia seharusnya hati-hati apabila mahu bermain dengan soal agama.

Malah ada pengikut Twitter yang tidak berasa selesa dengan status tersebut telah meminta supaya dia memberi penjelasan memandangkan status itu boleh mengelirukan.

Hishamuddin yang dikenali sebagai manusia sinikal turut berpesan di hujung status Tweet supaya ‘jangan marah’.

Tweet yang dimuatnaik olehnya pada 17 Oktober jam 11.32 pagi itu dipercayai satu daripada siri sindiran Hishamuddin terhadap orang Melayu ekoran kes kalimah Allah, menurut sumber mynewshub.

Apa agaknya komen para ulama dan bijak pandai agama yang banyak terdapat dalam barisan Pakatan Rakyat berkenaan kelancangan mulut Hishamuddin ini agaknya. 

 



Comments
Loading...