”Kami Gembira, Kami Ada Duit Dan Anak Yang Cantik, Kamu Ada Apa?“


http://1.bp.blogspot.com/-WC9kXmgwC5g/T25OFymwEII/AAAAAAAAIio/8r6JQ1hbspg/s400/Mohd+Nedim+Nazri+Aziz+01.jpg

(Mynewshub) – Jika sebelum ini kekasih Nora Danish, Nadeem Nazri dilihat sentiasa ‘cool’ melayan kutukan peminat dan individu yang kurang senang akan hubungannya dengan artis comel tersebut, dia kini dilihat kian kurang sabar.

Mungkin, dia semakin tertekan apabila setiap gerak gerinya dan Nora diperkatakan dan menjadi bahan bualan masyarakat termasuk yang terbaru, percutian mereka ke Eropah.

Sebelumnya, Nadeem turut menjadi bahan berita berkaitan isu pembelian rumah bernilai jutaan ringgit dan menjadi pegawai khas kepada bapanya, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Kelmarin, dalam satu status Instagram miliknya Nadeem dilihat seolah-olah membalas kritikan orang sekeliling apabila memuat naik status berbunyi:

While the men are hating the fact that I got this beauty on my side, we are laughing it off.. We r happy, we got money and we got beautiful kids.. What do u guys have? Lol.. I love my fans but I pity you haters, please work hard and make some good living so u can enjoy it like us. #justsaying #factual

http://cdn.mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/noradanishnadeemnazri.jpg 

Mungkin Nadeem sekadar meluahkan apa yang dia dan Nora sedang lalui kini, namun pada masa sama ia sebenarnya membayangkan keadaan mereka yang terganggu dengan segala publisiti diterima.

Status ini juga agak pedas bagi sesetengah orang yang memandang Nadeem lebih pada individu yang bertuah kerana dilahirkan sebagai anak orang kaya dan berpengaruh untuk menyuruh orang lain bekerja keras bagi mendapatkan apa yang dimilikinya pada hari ini.

Rasanya jika mahu segala perhatian terhenti, Nora perlu tinggalkan bidang seni dan paling baik, jika mereka mendirikan rumahtangga secepat mungkin.

Jika tidak, anda perlu belajar bersabar kerana inilah asam garam dunia glamor. 



Comments
Loading...