Demokrasi lebih subur dalam PAS berbanding Umno, kata Kadir Jasin


(TMI) – Datuk A Kadir Jasin (gambar) menyifatkan kesuburan demokrasi lebih menjadi amalan PAS berbanding Umno meskipun kedua-dua parti politik berteraskan Melayu itu memilih untuk mengekalkan penyandang kerusi Presiden mereka.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times itu dalam blognya berkata, perbezaan wujud apabila jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditentukan akar umbi, sebaliknya oleh anggota Majlis Tertinggi.

“Bagi PAS hanya jawatan presiden tidak dicabar, Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden. Jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu mungkin menyaksikan pertandingan,” katanya dalam laman blog miliknya.

Untuk rekod, lima telah dicalonkan bertanding dalam pemilihan PAS, iaitu Mohamad; dua Naib Presiden Husam Musa dan Salahuddin Ayub; serta Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Mohd Amar Nik Abdullah.

“Setakat ini Husam, Tuan Ibrahim dan Mohd Amar belum memberi kata putus,” katanya.

Pertembungangan antara Mohamad yang dikenali Mat Sabu dengan Mohd Amar pada 22 hingga 24 November nanti jelas Kadir bakal menyaksikan pertembungan kumpulan ulama dan bukan ulama.

“Sekiranya berlaku, ia sangat menarik. Ia akan mengulang tayang pemilihan 2011, tetapi dengan satu perbezaan,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...