Pengundi bukan Melayu derhaka kepada PAS?


Pengumuman peruntukan RM2.25 juta kepada tiga sekolah Cina di DUN Sungai Limau akan menyebabkan 1,800 pengundi bukan Melayu beralih arah kepada BN.

Oleh Sobri Ahmad, FMT

PETALING JAYA: Pada PRU-13 lalu, PAS memenangi kerusi DUN Sungai Limau apabila menewaskan calon BN dengan majoriti 2,774 undi, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah selama 5 penggal berturut-turut.

Apakah pengundian esok bakal mengesahkan PAS terus unggul di kubu kuatnya itu atau sekadar berputih mata, andai BN berjaya merampas kerusi DUN-20 yang pernah diwakili oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum ini?

Berbekalkan rekod kemenangan lampau, PAS dijangka tidak menghadapi kesukaran mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau dengan temanya; ‘Kekal’.

Sebaliknya, BN terpaksa berkerja keras mendekati penduduk setempat dengan tawaran pakej pembangunan modal insan dan infrastruktur, untuk meraih sokongan, khasnya pengundi atas pagar kira-kira 14,000 orang yang selama ini memihak kepada PAS. ‘Berani berhijrah’ kah mereka sepertimana slogan BN dalam PRK itu?

Sebelum ini, PAS disifatkan selesa dengan kedudukan 60-40 peratus di DUN Sungai Limau (dulunya DUN Sala), berdasarkan kejayaan PAS meningkatkan undi sebanyak 1,351 kepada jumlah undi 13,294 pada PRU-13, berbanding 11,943 pada PRU-12. Dari satu segi lain, penganalisa politik berpendapat peningkatan itu hanya mewakili satu perempat (25%) daripada 5,255 pemilih baru, bukanlah suatu petanda baik untuk PAS di Sungai Limau kerana kecenderungan 75% lebih memihak kepada BN.

Strategi PAS mempertaruhkan calon muda berusia 37 tahun,  Mohd Azam Abdul Samat, cucu kepada Tuan Guru Haji Hamid, pengasas pondok di Bukit Besar, dilihat sebagai serampang dua mata, bukan sekadar mengekalkan imej kepimpinan ulamak oleh PAS, tetapi juga strategi menawan hati sebahagian 3,904 lagi pengundi muda yang mengundi BN pada PRU lalu.

Pun begitu, imej bersih calon PAS, sedikit tercalar apabila timbulnya isu poster kempen yang memanipulasi gambar Azizan, seorang tokoh dihormati oleh masyarakat Sungai Limau.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...