Tuduhan komisen 30% untuk DAP hanya khayalan


Beliau turut menjelaskan bahawa kos pembuatan sepanduk diurus oleh calon dan bukannya ibu pejabat DAP Pulau Pinang. 

K Pragalath, FMT

Setiausaha DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik hari ini menafikan tuduhan bahawa DAP meminta komisen sebanyak 30 peratus untuk membuat sepanduk sambil menyatakan tuduhan tersebut ialah khayalan pemilik syarikat Banner King, Chan Boon Tong.

“Ini khayalan Pengarah Syarikat Banner King, Chan Boon Tong yang mendakwa tindakan-tindakan diambil oleh MPPP terhadap sepanduk-sepanduknya yang tidak dikeluarkan permit ada kaitannya dengan satu insiden yang berlaku sebelum PRU ke-12 pada tahun 2008,” kata Ng yang juga ialah Ahli Parlimen Tanjong.

Beliau berkata demikian ketika menafikan tuduhan Chan.

Chan Boon Tong mendakwa parti DAP meminta syarikatnya membuat sepanduk DAP untuk tujuan kempen pilihanraya umum di dalam tahun 2008.

Menurutnya, wakil DAP yang berunding dengannya meminta agar semua harga ditingkatkan sebanyak 30% sebagai komisen.

“Saya menolak tawaran tersebut dan ekoran itu, syarikat saya dimalukan oleh mereka beberapa kali,” kata Chan dalam satu kenyataan media.

Chan yang mendapat kontrak Majlis Perbandaran Pulau Pinang turut mendakwa bahawa peluang perniagaan pengiklanan semakin berkurangan kerana peluang pengiklanan dikawal oleh pihak tertentu dari DAP yang memonopolinya.

Beliau menambah bahawa beliau dan kakitangan syarikatnya ialah penyokong yang mengundi DAP dalam pilihanraya umum.

Ng menambah bahawa dakwaan Chan tidak masuk akal kerana sepanduk calon DAP dalam pilihan raya umum ke-12 dicetak sendiri oleh calon dan tidak diuruskan oleh ibu pejabat DAP negeri Pulau Pinang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...